Ibu Sangkal Shahir Tunangan Orang

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shahir bersama peminatnya daripada Shahir FC ketika majlis pelancaran album AF8 Hits di The Curve baru-baru ini. - Foto oleh MUNIRAH
Shahir bersama peminatnya daripada Shahir FC ketika majlis pelancaran album AF8 Hits di The Curve baru-baru ini. - Foto oleh MUNIRAH

MAKIN menjadi-jadi gosip yang melanda juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau mesra dengan nama Shahir, 22, sejak dia meraih kemenangan dalam program realiti terbitan Astro itu.

Baru-baru ini timbul cerita mengenai pemuda dari Kampar, Perak itu dikatakan bertunang. Bukan itu sahaja, ibu dan bapanya juga menjadi mangsa gosip kononnya tidak sehaluan.

Disebabkan bapa dan ibunya duduk berjauhan semasa Konsert Akhir AF8 pada 22 Mei lalu, ada yang mendakwa hubungan mereka tidak mesra.

Namun, Shahir dan keluarganya tidak cepat melatah dan marah-marah dengan gosip berkenaan. Maklumlah, namanya pun gosip.

Ibu Shahir, Mahanum Osman, 45, seakan-akan mengerti akan permainan dunia seni tempatan. Katanya, dia hanya mampu bersabar dan mengurut dada apabila mendengar gosip itu.

Justeru, dia meminta agar tohmahan itu dihentikan segera kerana bimbang akan mencemarkan reputasi anak sulung kesayangannya itu.

“Semua cerita itu tidak benar belaka. Shahir tak pernah bertunang. Setahu saya, kawan perempuan pun dia tiada.

“Mengenai cincin di jarinya, itu hanya cincin perhiasan yang dipakainya sejak menyertai kumpulan nasyid Saujana dulu,” kata Mahanum kepada mStar Online menerusi telefon.

Dia juga berasa kesal setelah didakwa mempunyai masalah dengan suaminya, Zawawi Abdullah, 54, sedangkan hubungan mereka berada dalam keadaan baik.

“Saya dan suami tidak mempunyai apa-apa masalah. Semasa konsert hari tu, saya dan suami datang dengan keluarga masing-masing.

“Jadi, saya duduk bersama-sama keluarga saya manakala suami duduk bersama-sama keluarganya. Walaupun kami duduk berjauhan, tak bermakna hubungan kami tidak baik.

“Saya harap, orang tidak akan salah faham lagi tentang perkara ini,” beritahunya.

Ditanya mengenai Shahir, dia berkata anaknya sedang sibuk dengan karier seninya selepas baru keluar dari AF8.

Shahir telah tampil dengan single pertamanya, Kebahagiaan Dalam Perpisahan yang boleh didapati dalam album AF8 Hits yang sedang berada di pasaran.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan