Cheryl Cole Derma Barang Kemas Yang Dihadiahkan Ashley

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cheryl Cole menghadiri tayangan perdana filem Hors La Loi (Outside the Law) semasa Pesta Filem Cannes ke-63 pada 21 Mei 2010. - Foto REUTERS
Cheryl Cole menghadiri tayangan perdana filem Hors La Loi (Outside the Law) semasa Pesta Filem Cannes ke-63 pada 21 Mei 2010. - Foto REUTERS

SELEBRITI Cheryl Cole 'menderma' semua pemberian barang kemas oleh suaminya Ashley kepada kawan-kawan serta ibunya Joan semasa satu majlis.

Bintang The Girls Aloud yang berusia 26 tahun itu dipercayai telah menghadiahkan hadiah termasuk barang kemas bernilai ribuan paun hasil pemberian Ashley kepada orang terdekatnya.

Menurut sumber, Cheryl telah memberikan satu loket berbentuk jantung yang bertatahkan permata kepada orang lain.

"Cheryl menjalankan satu operasi 'pembersihan' secara besar-besaran. Sesiapa yang pernah gagal dalam perkahwinan akan berbuat demikian.

"Banyak barang kemas, terutamanya subang dan rantai leher dihumbankannya ke dalam tong," menurut sumber.

Penyanyi terkenal itu memulakan proses penceraian dengan pemain pertahanan Chelsea dan pasukan England itu pada minggu lalu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan