Celine Dion Hamil Anak Kembar

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Celine Dion bersama anak dan suaminya.
Celine Dion bersama anak dan suaminya.

PENYANYI berasal dari Kanada, Celine Dion khabarnya sedang bahagia setelah disahkan hamil anak kembar.

Celine dan suaminya, Rene Angelil memang sedang mengharapkan anak kedua mereka setelah berkahwin pada 1994.

Pasangan itu sempat melakukan pembekuan embrio dan teknik akupuntur supaya Celine hamil.

"Kami sangat gembira," kata Angelil kepada majalah People semalam.

Ibu kepada Rene Charles Angelil itu hanya mengharapkan kandungannya sihat. Suaminya berkata, sebenarnya mereka hanya mengharapkan seorang anak lagi, namun diberikan anak kembar merupakan anugerah yang berlipat ganda baginya.

"Ini anugerah yang berganda," tambah Angelil.

Saat ini pasangan tersebut belum mengetahui jantina anak kembar mereka. Celine yang sedang hamil 14 minggu itu akan memeriksa kandungannya pada bulan depan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan