Streep, Judd Dianugerahkan Ijazah Harvard

Diterbitkan: Isnin, 31 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Meryl Streep menerima ijazah kehormat Universiti Harvard pada 27 Mei 2010. - Foto REUTERS
Meryl Streep menerima ijazah kehormat Universiti Harvard pada 27 Mei 2010. - Foto REUTERS

AKTRES Hollywood, Meryl Streep dan Ashley Judd telah dianugerahkan ijazah dari Universiti Harvard.

Bintang The Mamma Mia! itu menerima anugerah kehormat dari institusi pengajian terkenal di Cambridge, Massachusetts minggu lalu.

Media melaporkan dia memakai jubah penuh dan topi graduasi untuk majlis itu.

Sementara itu, Judd menerima Ijazah Sarjana Pengurusan Awam selepas menghabiskan masa setahun belajar di Sekolah Kerajaan John F. Kennedy dari Universiti Harvard.

Dia kelihatan memeluk rakan sekelasnya dalam majlis itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan