Pelawak Gary Coleman Meninggal Di Usia 42

Diterbitkan: Ahad, 30 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG kanak-kanak yang masyhur di era 70-an menerusi sitkom, Diff'rent Strokes, Gary Coleman dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari semalam di Pusat Perubatan Wilayah Lembah Utah. Pelakon berusia 42 tahun itu dimasukkan ke hospital kerana mengalami pendarahan otak selepas terjatuh di rumahnya Rabu lalu.

Pengurus Coleman, John Alcantar dipetik sebagai berkata, mendiang meninggal serta-merta dan secara tenteram sejurus sistem alat bantuan pernafasan dialihkan.

Difahamkan, isterinya, Shannon Price dan beberapa teman rapat turut dikhabarkan berada di sisi pelakon komedi itu ketika mendiang menghembuskan nafas terakhir.

Mendiang mengalami masalah kesihatan dan mendapat rawatan harian sejak dulu lagi selain pernah menjalani pembedahan jantung pada tahun lalu ekoran penyakit pneumonia.

Sepanjang hayatnya, mendiang menderitai sejenis penyakit buah pinggang yang dihidapnya sejak lahir sehingga membantutkan pembesaran.

Kematian mendiang yang popular dengan watak Arnold Jackson dalam sitkom itu turut diratapi teman pelakon Charlotte Rae yang juga terbabit dalam sitkom itu. Rae menyifatkan Coleman sebagai seorang lelaki yang menawan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan