James McAvoy Bakal Jadi Professor X Dalam Filem "X-Men" Terbaru - Berita Hiburan | mStar

James McAvoy Bakal Jadi Professor X Dalam Filem "X-Men" Terbaru

Diterbitkan: Ahad, 30 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTOR filem Wanted James McAvoy dilaporkan bakal membawakan watak Professor X untuk versi lebih muda dalam filem ke-lima X-Men, X-Men: First Class.

Filem kali ini akan memaparkan kronologi kehidupan Professor X atau Charles Xavier dan punca permusuhannya dengan bekas kawan baik, Magneto.

Aktor Patrick Stewart pernah membawakan watak tersebut dalam filem X-Men terdahulu.

Sementara itu, filem X-Men kali ini bakal diarahkan oleh pengarah filem Snatch, Matthew Vaughn dan dijangka menjengah pawagam pada 3 Jun 2011.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan