Hati Watie Mula 'Berteka-teki'

Diterbitkan: Ahad, 30 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Watie mengakui dia kini sedang berkawan dengan seseorang. - Foto oleh KEVIN TAN
Watie mengakui dia kini sedang berkawan dengan seseorang. - Foto oleh KEVIN TAN

MENYEDARI status ibu tunggal yang digalasnya sejak enam tahun lalu, Watie tidak dapat mengelak daripada ditebak mengenai pengganti. Apabila diaju Pertanyaan tentang 'teman', dia tidak mengelak atau memberi jawapan klise seperti kebanyakan artis.

Sebaliknya, ibu kepada Ahmad Afif Danial, 6, ini cukup terbuka untuk bercerita. Kata Watie, hatinya ibarat sedang berteka-teki mengenai hubungan dengan seorang teman yang mula terjalin sejak dua tiga bulan lalu.

Mengakui ianya masih terlalu awal dan baru hendak mencari keserasian antara satu sama lain, Watie bagaimanapun tidak menolak, hatinya kian berbunga.

"Buat masa ini, dia nampak ikhlas berkawan dengan saya. Saya sendiri pun ibarat sedang berteka-teki sejauh mana keikhlasannya terhadap saya. Berdasarkan apa yang dipamerkan, nampaknya dia seakan menerima saya seadanya," katanya.

Bukan hanya keterbukaan Watie berkongsi tentang teman baru itu menarik perhatian, malah pengakuannya bahawa lelaki itu juga seseorang yang terlibat dalam bidang seni lebih mengujakan.

Sekadar memberi pembayang dan enggan berkongsi dengan lebih terperinci siapakah gerangannya jejaka tersebut, Watie sekadar berkata, pada fasa ini dia masih belum bersedia untuk menghebohkan identiti si 'dia' kerana beberapa sebab peribadi.

"Dia juga terlibat dalam bidang seni dan bergelar duda. Sebenarnya, dia sudah mengenali saya ketika bersama Elite lagi. Ketika itu kami hanyalah rakan industri dan bertegur-sapa jika bertembung di mana-mana. Hanya kebelakangan ini saja kami mula serius.

"Apa pun, ia masih di peringkat awal, seperti di fasa satu. Setakat hari ini memang dia nampak ikhlas dan jujur terhadap saya, tapi kita tidak tahu esok lusa. Sebab itu saya tidak mahu kecoh-kecoh dulu,” katanya yang mengakui lelaki itu adalah seorang aktor berusia 30-an.

Bukan hendak sorok, namun kebimbangannya untuk menyerantakan 'persahabatan' itu bertitik-tolak daripada perasaan fobia ekoran kesilapan lalu.

Pada Watie, seandainya perhubungan itu tidak menjadi, pasti terpalit malu di kemudian hari. Maka, biarlah mereka berkawan dulu dan mencongak hala tuju serta keikhlasan hubungan itu.

"Bukan tidak mahu bercerita lanjut tentang identiti lelaki yang berkawan dengan saya, cuma kegagalan dalam hubungan lalu membuatkan saya bimbang dan takut untuk menghebohkan persahabatan kali ini.

"Buat masa ini, biarlah kami berkawan dan saling mengenali terlebih dulu. Kami pun belum ada apa-apa ikatan, baru mula berkawan saja.

"Jika terlalu dihebohkan, ia mungkin boleh merosakkan persahabatan yang baru bermula. Kalau memang sudah tertulis hubungan ini boleh pergi jauh, pasti saya akan canangkan pada semua nanti," luah aktres yang kini terlibat dalam drama komedi Blues Pasar Tani.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan