Formula Baru Paknil 'Riuhkan' Konti Era

Diterbitkan: Ahad, 30 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKAN mudah mencari rakan sembang yang serasi dalam segmen Pagi Bersama Era di Radio ERA. Begitulah sukarnya penyampai radio ERA, Aznil Nawawi atau Paknil mencari pengganti Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau Din Beramboi yang suka "suka bertekak, menyakat dan bergaduh" dengannya di konti.

Sehubungan itu, Paknil menggunakan formula baru bersama gandingan baru untuk mengendalikan segmen yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi.

"Kalau dulu saya sama-sama dengan Din Beramboi selalu ketawa, dan menggunakan banyak bahan lucu, Tetapi saya sekarang ini bersama-sama dengan gandingan-gandingan baru, jadi show kami adalah berbentuk ceria dan fun (seronok) sahaja.

"Bukan lagi lucu seperti dulu sebab bagi saya, tiada sesiapa boleh menggantikan Din Beramboi," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Menurut Paknil, konsep "riuh-rendah" yang dibawakannya bersama rakan akrabnya itu sukar diteruskan.

Katanya, sekiranya diteruskan, orang lain akan bandingkan hasil penyampaian dengan Din Beramboi. "Memang sukarlah. Jadi kita cari formula baru," katanya.

Sementara itu, Paknil berkata, orang ramai boleh mengingati Din dengan mendapatkan album Sawan Cara.

Katanya, ia adalah koleksinya dan Din Beramboi yang dirakamkan untuk tujuan Pagi Bersama Era.

"Sebenarnya ia adalah collectors' item. Sebab kita tak akan ada Din Beramboi kedua. Kita hanya ada satu Din Beramboi sahaja.

"Tak ada cara lain untuk mengenali Din Beramboi selain daripada kita mendengarnya di radio dulu. Bila dia tak ada, mungkin takut kenangannya hanya dalam ingatan. Bila ada benda album ini, bolehkan kita simpannya sampai bila-bila," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan