SimplySiti Terima Anugerah Produk Halal Terbaik

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)
Siti Nurhaliza ketika majlis perasmian Festival Belia Terbesar Malaysia bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam. Turut kelihatan Pengarah Urusan Belia Asia, Joel Neoh, Timbalan Presiden Pemasaran Celcom Axiata Berhad Zalman Aefendy Zainal Abidin dan Datin Norjuma Habib Mohamed. - Foto SIA HONG KIAU
Siti Nurhaliza ketika majlis perasmian Festival Belia Terbesar Malaysia bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam. Turut kelihatan Pengarah Urusan Belia Asia, Joel Neoh, Timbalan Presiden Pemasaran Celcom Axiata Berhad Zalman Aefendy Zainal Abidin dan Datin Norjuma Habib Mohamed. - Foto SIA HONG KIAU

KUALA LUMPUR: Kurang dari dua bulan produk SimplySiti dilancarkan, perkhabaran gembira sudah menjengah ke telinga penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza apabila produk itu menerima anugerah Produk Halal Terbaik yang diberikan oleh Majalah Halal Journal.

Siti Nurhaliza ketika ditemui selepas sidang media Festival Belia Terbesar Malaysia 'Youth 10' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini melahirkan rasa syukur di atas pengiktirafan itu.

"Pada mulanya Siti dan rakan kongsi agak terkejut dengan berita itu dan ternyata usaha kami terbayar selama ini. Dengan anugerah ini diharap dapat menaikkan lagi semangat Siti untuk memperluaskan empayar produk SimplySiti," katanya.

Menurut Siti lagi, dengan penganugerahan itu dapat menutup mulut sesetengah pihak yang meragui status halal dan kebersihan produk keluaran syarikatnya.

"Apabila mendapat status produk halal terbaik itu diharap produk ini akan lebih diterima ramai kerana ia telah terbukti Halal dan bersih.

"Sudah tentu produk yang dikeluarkan mendapat kelulusan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dengan anugerah ini diharap dapat meyakinkan lagi orang ramai terhadap produk ini," katanya.

Jelasnya, misinya kini satu, ingin menjadikan produknya sebaris dengan jenama antarabangsa yang lain dan akan melipat gandakan usaha untuk mencapai misinya itu.

Ini dibuktikan apabila Siti memberitahu beliau dan dua rakan kongsinya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datuk Normaziah Sheikh Mohamed akan berangkat ke Korea Ahad ini untuk perbincangan lanjut mengenai produk terbarunya yang dijangka akan berada dipasaran sebelum hujung tahun ini.

"Lawatan kami ke Korea pada Ahad ini adalah untuk melihat teknologi terbaru dan memilih bahan-bahan yang sesuai untuk keluaran akan datang selain perbincangan lanjut mengenai produk SimplySiti," katanya.

Dalam pada itu juga, penyanyi berusia 31 tahun itu memberitahu, satu rangkaian produk edisi khas untuk hari raya dan pewangi akan dilancarkan khas untuk peminatnya.

Sementara itu, Siti memberitahu pada 6 Jun ini beliau akan melakukan lawatan ke Kuching, Sarawak bagi mempromosikan produk SimplySiti.

Pelancaran produk itu yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental Mac lalu menggunakan tagline 'Rahsiaku kini milikmu...',.

Rangkaian kosmetik dan penjagaan kulit wanita itu menampilkan produk seperti SimplySiti C Bright , SimplySiti New Age, SimplySiti Acne Solution.

Rangkaian kosmetik SimplySiti termasuklah rangkaian Wajah Sempurna, rangkaian mekap mata SimplySiti Mata Bercahaya dan rangkaian mekap bibir SimplySiti For Your Lips Only.

iklan

iklan

Iklan