Oprah Winfrey Batalkan Amal Angel Network - Berita Hiburan | mStar

Oprah Winfrey Batalkan Amal Angel Network

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

OPRAH Winfrey membatalkan aktiviti amal Angel Network ketika dia sedang bersiap sedia bersara daripada mengacarakan rancangan Oprah Winfrey Show di Amerika Syarikat itu.

Tahun lalu, hos terkemuka itu mengumumkan dia akan bersara daripada mengacarakan program bual bicara popular itu pada 2011 selepas 25 tahun berkhidmat sebagai pengacara.

"Kami bercadang membubarkan amal awam itu, selepas pengagihan dana terakhir dibuat," media memetik Winfrey sebagai berkata. Tambahnya, dia tetap dengan sifat dermawannya dan rangkaian kabel terbarunya, OWN: The Oprah Winfrey Network.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan