"Saya Kalah Bukan Kerana Bossy" - Maulana AF8

Diterbitkan: Khamis, 27 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Maulana ketika majlis pelancaran album AF8 Hits di The Curve, semalam. - Foto oleh MUNIRAH MUZAMER
Maulana ketika majlis pelancaran album AF8 Hits di The Curve, semalam. - Foto oleh MUNIRAH MUZAMER

FINALIS Akademi Fantasia 8, Maulana menafikan sekeras-kerasnya punca kekalahannya menjadi juara adalah ekoran sifat bossy-nya yang dipaparkan dalam Diari AF8.

Dia yang dilantik sebagai ketua di kalangan pelajar AF8 berkata, pada mulanya dia menjangkakan hanya akan mendapat tempat kelima.

"Sebenarnya, saya bukan bossy. Sejak kecil, dalam apa-apa pasukan pun, saya mesti menjadi kapten atau ketua. Saya dah cakap dengan Cikgu Norman supaya jangan melantik saya menjadi ketua.

"Nanti nampak saya seolah-olah beri arahan ini dan itu kepada rakan-rakan saya. Jadi bila Cikgu dah berikan tugasan, takkan saya nak menolak. Nanti orang kata macam saya tak ada adab," katanya ketika ditemui selepas konsert akhir AF8, Sabtu lalu.

Peserta dari Johor Baru ini memberitahu dia tidak tahu isi kandungan diari yang ditayangkan kepada umum.

"Kita lalui tempoh 12 jam dalam akademi, tapi yang keluar kat Diari AF8 pula 30 minit. Jadi mungkin ada benda-benda yang menampakkan saya kurang ajar.

"Tapi itulah...kalau saya tak berpura-pura, saya jadi diri saya sendiri, mungkin orang nampak saya di Akademi kurang ajar," ujarnya lagi.

Sambil menegaskan yang dia bukan seorang yang hipokrit, Maulana berkata: "Kalau saya berubah di luar, mungkin orang akan lebih hormati saya.

"Daripada saya berpura-pura jadi baik di dalam akademi tetapi huhahuha di luar, orang tentu tak percaya saya...Saya bukan seorang hipokrit," tegasnya.

Ditanya tentang perasaannya hanya menduduki tempat keempat, Maulana berkata, dia bersyukur.

"Tak kisah. Saya bersyukur dah masuk ke final. Dari minggu pertama, saya berada di tangga tercorot dan bila dah sampai ke final, saya kira dah jadi satu platform yang besar untuk saya (mengembangkan kerjaya seni)," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan