Sandra Bullock Gembira Suami Masuk Pusat Pemulihan Seks

Diterbitkan: Khamis, 27 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MESKIPUN berterusan mengugut untuk bercerai dengan suaminya Jesse James, aktres Sandra Bullock khabarnya berasa gembira apabila mendengar suaminya itu mahu masuk ke Pusat Pemulihan seks.

"Saya katakan kepadanya bahawa saya pergi untuk mendapatkan pertolongan dan dia balas, dia bangga dengan saya," ujar Jesse dalam program secara langsung TV Nightline semalam.

Sebelum ini, Jesse menjalani terapi di Sierra Tucson Treatment Center, Arizona. Dia mengaku kemaruk seks sehingga berani curang terhadap Sandra dengan beberapa perempuan sekaligus.

Selepas mendengar keinginan Sandra untuk bercerai, Jesse mengungkapkan semua fakta kepada sang isteri tercinta. Jesse sedar bahawa Sandra terluka. Namun dia tidak mahu lagi membohongi bintang filem The Blind Side itu.

Kini Jesse sudah boleh menerima keputusan Sandra dan pasrah untuk bercerai. Dia juga menjual rumah yang biasa dia tinggal bersama-sama Sandra dan memulakan hidup baru. Sementara isterinya sibuk mengurus anak angkatnya, Louis Bardo Bullock.

"Apabila melihatnya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu ia seperti melihat sesuatu yang paling luar biasa. Dia seperti ikan pada air. Bila dia meletakkan bayi itu di tangannya, semua akan berjalan secara automatik dan luar biasa," tutur Jesse.

Keinginan Sandra untuk mengambil seorang anak angkat sudah lama difikirkan. Bagaimanapun Jesse berasa sedih kerana Sandra tetap meneruskan proses mengambil anak angkat itu tanpanya di sisi.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan