Hafiz AF7 Rasai Aura Lagu Adira Di Belakang Pentas

Diterbitkan: Khamis, 27 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hafiz membuat persembahan pada minggu ketiga Akademi Fantasia 7 di Bukit Jalil tahun lalu. - Foto THE STAR Oleh DARRAN TAN
Hafiz membuat persembahan pada minggu ketiga Akademi Fantasia 7 di Bukit Jalil tahun lalu. - Foto THE STAR Oleh DARRAN TAN

KETIKA Adira mempersembahkan lagu Ku Ada Kamu (komposer dan lirik oleh Edry KRU) diiringi adik-adik yang comel, Hafiz AF7 berada di belakang pentas.

Sama seperti para penonton di Dewan Putra, Bukit Jalil pada malam Sabtu lalu, dia turut terhibur dengan persembahan peserta dari Ranau, Sabah itu.

Hafiz dapat merasai 'tenaga' lagu itu bergema di setiap ceruk dewan.

"Bolehkah anda bayangkan walaupun saya berada di belakang pentas (pada masa itu), saya boleh rasakan auranya.

"Sejujurnya, Adira membuat persembahan terbaik pada malam itu. Saya suka lagu yang terakhirnya. Kekuatannya dalam bidang nyanyian jelas terserlah," katanya kepada mStar Online selepas konsert akhir AF8 berakhir.

Bagaimanapun Hafiz menegaskan, Shahir turut membuat persembahan yang terbaik pada malam itu.

Apa tidaknya, setiap nyanyian Shahir menerusi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan (komposer dan lirik oleh Edry KRU) dan Biru Mata Hitamku (Wings) akan mendapat sorakan gemuruh berterusan daripada para penonton.

"Memang persembahan dia gempak-lah malam ini. Bagi saya, Shahir memang mempunyai vokal yang berlainan daripada finalis-finalis lain.

"Dia mempunyai sesuatu keunikan pada vokalnya. Itu adalah satu keistimewaan baginya. Tahniah daripada saya kepadanya," kata bekas juara AF7 itu.

Hafiz menyambut baik kemunculan sebutir bintang lagi iaitu Shahir di persada muzik tanahair dan tidak sesekali menganggapnya sebagai ancaman yang menggugat popularitinya kelak.

"Bagi saya, saya mengambilnya dari segi positif. Sebab dalam industri, kita sama-sama berjuang untuk tanahair kita.

"Jadi, biarkan kita beramai-ramai, bersama-sama memperjuangkan industri muzik kita," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan