Coldplay Terpilih Ganti U2 di Festival Glastonbury

Diterbitkan: Khamis, 27 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAND Coldplay terpilih untuk menggantikan U2 dalam festival tahunan terbesar di Britain, Glastonbury.

Pada 25 Mei lalu, U2 menarik diri daripada tampil dalam majlis tersebut. Vokalisnya, Bono perlu mendapatkan rehat yang secukupnya selepas menjalani pembedahan punggung minggu lalu.

Festival Glastonbury 2010 akan berlangsung pada 23 hingga 27 Jun ini. U2 seharusnya tampil pada 25 Jun ini di panggung Pyramid. Selain Coldplay, Kylie Minoque juga turut terpilih untuk membuat persembahan.

Kylie sebelum ini pernah beraksi di pentas Festival Glastonbury 2005. Namun kemudian menarik diri daripada program itu kerana menjalani rawatan kanser. Sementara Coldplay juga pernah menarik diri untuk tampil pada tahun ini. Pemuzik lain yang diminta penonton untuk tampil adalah The Rolling Stones dan Led Zeppelin.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan