Anak-anak Ahmad Dhani Mahu Ibu Yang 'Rock n Roll' - Berita Hiburan | mStar

Anak-anak Ahmad Dhani Mahu Ibu Yang 'Rock n Roll'

Diterbitkan: Khamis, 27 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dan komposer Ahmad Dhani sibuk memikirkan untuk mencari pengganti bekas isterinya, Maia. Menurut Dhani, anak-anaknya mahukan ibu yang rock n roll.

"Mereka mahu ibu yang tidak terlalu cerewet atau mengongkong mereka. Maksudnya, Al, El dan Dul mahukan ibu yang rock n roll," ujar Dhani ketika ditemui selepas program Dahsyat di Studio RCTI, Jakarta Barat semalam.

Namun Dhani mengaku tidak mahu terburu-buru menentukan pilihan. Ketika ini ketiga-tiga puteranya juga masih selesa tinggal bersama ayahnya.

"Sebenarnya mereka memang memerlukan seorang ibu walaupun mereka masih baik-baik saja di rumah," jelas Dhani.

Pemilik Republik Cinta Management itu membiarkan Al, El dan Dul untuk membesar sesuai dengan bakat mereka. Dhani tidak memaksa anak-anaknya untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam bidang akademik. Dhani tiada masalah jika ketiga-tiganya tidak lulus sekolah.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan