Edry: Vokal Shahir Sesuai Lagu ‘Evergreen’

Diterbitkan: Rabu, 26 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KRITIKAN pengkritik tetap, Adlin Aman Ramlie mengenai lagu baru juara Akademi Fantasia kelapan (AF8), Shahir, Kebahagiaan Dalam Perpisahan yang dikatakan seperti lagu ‘lama’ mengundang pelbagai persoalan.

Malah ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan itu terutama peminat-peminat setia pemuda berasal dari Kampar, Perak itu.

Bagaimanapun, itu hanya pandangan peribadi Adlin yang menyambut Hari Jadinya pada 22 Mei lalu. Sementelah dia mengharapkan ‘lebih’ impak daripada Shahir yang terlebih awal disebut-sebut sebagai juara.

Sebaliknya, dia lebih memuji lagu Ku Ada Kamu nyanyian Adira yang dirasakan lebih layak untuk diangkat sebagai lagu seorang juara.

Setiap lagu yang diciptakan untuk kelima-lima finalis itu digubah oleh komposer dan penulis lirik terkenal Edry Abdul Halim.

Baginya, ada sebab dia menyediakan lagu ‘lama’ atau evergreen untuk Shahir. Salah satunya, penyanyi itu meminati penyanyi evergreen Jamal Abdillah dan M. Nasir.

“Lagipun, saya tidak mahu melahirkan lebih ramai Akim dan Hafiz. Setiap orang mempunyai pendapat berbeza tentang lagu itu. Saya tahu, maksud Adlin itu bukanlah berunsur negatif.

“Lain orang, lain minatnya. Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai penerbit dan komposer. Selebihnya terpulang kepada pendengar untuk menilai lagu itu.

“Sebagai penerbit, saya kena pelbagaikan lagu mengikut kepelbagaian penyanyi. Misalnya, mungkin lagu itu lebih diterima di Sinar FM yang sering memutarkan lagu berentak evergreen dan mungkin juga lagu ini lebih tahan lama sebab ia mempunyai melodi evergreen,” katanya yang turut berpuas hati dengan kemenangan Shahir di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Sabtu lalu.

Katanya, Shahir mempunyai tarikan semulajadi dan aura tersendiri selepas Mawi. Dia tampil dengan gaya tersendiri sehingga peminat tidak henti-henti menepuk tangan sepanjang persembahannya pada malam Konsert Akhir AF8 itu.

Selain Shahir dan finalis lain, adik kepada pengetua AF8, Norman Abdul Halim itu turut terlibat dalam menghasilkan lagu peserta AF8 yang lain termasuk video muzik untuk tujuh peserta teratas.

Antara 12 lagu itu, secara peribadi Edry lebih menggemari lagu nyanyian Ain iaitu Penanggung Sepi.

Peminat AF8 boleh mendapatkan album AF8 Hits yang memuatkan single terbaru 12 peserta AF8 berharga RM19.90 yang diedarkan pada minggu ini di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, pengarah filem Magika itu juga sedang menyiapkan lagu tema filem Merong Mahawangsa berjudul Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan