Norman: AFMasuk Bukan Bermotif Jadikan Shahir Juara AF8

Diterbitkan: Selasa, 25 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shahir mendendangkan lagu Biru Mata Hitamku (Wings) semasa konsert akhir AF8. - Foto THE STAR Oleh SHAARI CHEMAT
Shahir mendendangkan lagu Biru Mata Hitamku (Wings) semasa konsert akhir AF8. - Foto THE STAR Oleh SHAARI CHEMAT

KUALA LUMPUR: Daripada peserta 'buangan' Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, kemudiannya diserap masuk semula ke akademi menerusi AFMasuk dan akhirnya diangkat sebagai juara AF8.

Timbul pelbagai andaian bahawa AFMasuk yang diwujudkan adalah semata-mata ingin menjadikan Shahir juara musim ini.

Lebih-lebih lagi, AFMasuk diaktifkan sebaik sahaja Shahir tersingkir pada konsert minggu ketujuh.

Malah Pengetua AF8, Norman Abdul Halim pada sidang akhbar selepas selesainya konsert akhir AF8, Sabtu lalu, mengakui bahawa beliau pernah memohon dengan pihak Astro supaya mengaktifkan AFMasuk untuk 'menyelamatkan' para pelajar yang tersingkir.

Bagaimanapun, pihaknya berbuat demikian bukan kerana ingin membantu Shahir, tetapi tiga pelajar berbakat besar termasuk Anum dan Alif untuk berpeluang mewarnai konsert akhir AF8.

"Tak semestinya dari konsert kesembilan itu (selepas pengenalan AFMasuk pada minggu kelapan) boleh terus ke final. Ya, kita lihat dari segi objektif yang lebih besar, iaitu mewujudkan final yang terbaik dan melancarkan kerjaya pelajar AF8 yang terbaik," katanya.

Bagi mengukuhkan hujahnya lagi, Norman memberitahu, kedudukan terbaik pelajar AF yang diserap semula ke akademi menerusi AFMasuk sebelum ini sekadar menduduki tempat kedua.

"Mana ada yang menang. Adakah Shahir tahu orang lain berminat dengan dia... tetapi Mawi bukan... dia bukan dari AFMasuk. Dari situ, AFMasuk tak semestinya tentukan peserta yang diundi masuk adalah juara AF. Apa yang Shahir dapat adalah perspektif secara menyeluruh.

"Kalau menyanyi, semua boleh menyanyi. Bukan sahaja lima finalis ini, yang tersingkir di luar pun boleh menyanyi. Satu, dua slack sedikit tetapi secara keseluruhannya, semuanya okey. Tapi kalau dilihat dari segi Shahir, mungkin dari segi rupa ... banyak pelajar AF ada rupa juga... Apa kelebihan Shahir?" persoal Norman.

Norman berpendapat, Shahir memiliki nilai-nilai ketimurannya dan mungkin ia sesuai dengan jiwa orang Malaysia terutama orang Melayu.

"Mereka suka nilai-nilai yang dibawa oleh Shahir. Jadi dia menang. Saya lihat itu simple aje," ujarnya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan