Norman Tidak Setuju Komen Adlin: Adira Buat Persembahan Seorang Juara AF8

Diterbitkan: Isnin, 24 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Juara AF8, Shahir (tengah), Adira (naib juara) dan Daus (ketiga) selepas diumumkan sebagai top 3. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Juara AF8, Shahir (tengah), Adira (naib juara) dan Daus (ketiga) selepas diumumkan sebagai top 3. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

TIDAK dapat dinafikan Siti Adira Suhaimi atau Adira adalah antara finalis Akademi Fantasia 8 yang menyajikan persembahan hebat pada konsert akhir, kelmarin.

Dendangan lagu Ku Ada Kamu (komposer dan lirik oleh Edry KRU) oleh peserta dari Ranau, Sabah ini begitu mengasyikkan sehingga terbuai para penonton mahupun juri.

Ini mendorong pengkritik tetap, Adlin Aman Ramlie memberitahu para penonton bahawa persembahan itulah adalah persembahan seorang juara AF8.

Malah Ning Baizura yang merupakan pengkritik undangan menyifatkan persembahan Adira sebagai persembahan paling best dalam konsert malam itu.

Seorang pengkritik tetap lagi, Aznil Nawawi terus-terang berkata dia tidak akan mempertikaikan jika pengundi meletakkan satu-satunya finalis wanita dalam final AF8 itu sebagai juara AF8.

Pengetua AF8, Norman Abdul Halim yang walaupun terharu dengan persembahan hebat Adira mengambil pendirian yang berbeza.

"Bukan kata Adira tidak buat persembahan yang baik, tetapi dia mempunyai persembahan yang sangat, sangat baik. Dan saya begitu terharu dengan persembahan dia.

"Tetapi semua finalis membawa genre muzik yang berbeza. Jadi kalau kita nak bezakan antara durian, oren, epal dan anggur malah apa-apa buahan lain pun, masing-masing bawa lagu cara mereka sendiri," katanya kepada sidang akhbar selepas konsert akhir AF8 selesai.

Secara keseluruhannya, semua finalis membawa muzik mengikut aliran berbeza-beza. Sekiranya hendak membuat perbandingan siapa yang buat persembahan paling baik, siapa yang patut menang, maka sememangnya ia adalah subjektif.

"Kalau saya peminat jazz, saya katakan Maulana menang. Kalau saya peminat indie rock, saya kata Iwan. Maka setiap orang mempunyai minat masing-masing. Mungkin Adlin mempunyai kecenderungan terhadap sesuatu aliran muzik," kata Norman.

Norman mengakui itulah kelainan yang dibawa dalam AF8. Malah katanya, Maulana membuat persembahan yang cukup baik dengan muzik jazznya.

"Adira dengan muzik R&B dan Soul begitu. Iwan dengan indie rocknya. Daus dengan fun dan popnya, Shahir dengan win pop rock yang diterima ramai iaitu satu melodi minor tetapi dikeraskan dengan muzik rock," jelas Pengarah Eksekutif KRU Studio itu.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan