Nia Ramadhani Nekad Berhenti Berlakon Sinetron

Diterbitkan: Isnin, 24 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES popular menerusi sinetron Bawang Putih Bawang Merah, Nia Ramadhani akan meninggalkan dunia sinetron yang banyak menaikkan namanya itu. Bagaimanapun, dia tidak akan meninggalkan dunia hiburan.

"Saya tidak akan bergelar artis lagi tetapi misalnya kalau saya rindu nanti, saya akan ceburi kerja belakang tabir," ujarnya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Jakarta, Senayan semalam.

Nia kini memang fokus kepada kehidupan barunya sebagai isteri Ardi Bakrie. Dia selesa bergelar suri rumah dan melayani suaminya dengan baik.

"Sekarang saya rasa lebih tenteram. Alhamdulillah, sampai sekarang saya rasa baik-baik saja," ujarnya lagi.

Nia dan Ardi yang berkahwin pada 1 April lalu itu juga sedang berusaha agar dikurniakan anak secepat mungkin.

"Kami rasa lebih baik saja serah kepada yang di Atas," tutur Ardi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan