Cameron Diaz Tak Mahu Bintangi Sekuel 'Charlie's Angels'

Diterbitkan: Isnin, 24 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES Cameron Diaz menolak untuk berlakon sekuel filem Charlie's Angels lagi. Lebih-lebih lagi jika filem tersebut dibuat pada 10 tahun akan datang.

"Saya rasa tentu akan jadi sedikit aneh memakai seluar ketat itu 10 tahun mendatang," ujar pelakon watak Natalie Cook dalam Charlie's Angels itu kepada Ace Showbiz semalam.

Aktres berusia 37 tahun itu memang sudah dua kali menjadi bintang filem Charlie's Angels.

Cameron muncul bersama Lucy Liu dan Drew Barrymore buat pertama kalinya pada 2000 dan sekuelnya pada 2003 dengan Charlie's Angels: Full Thorttle.

Selain Charlie's Angels, Cameron juga membintangi filem lain yang ada sekuelnya iaitu Shrek. Namun untuk filem itu, wanita berasal dari San Diego, California itu bagaikan sudah jatuh cinta.

"Saya pasti mahu berlakon filem itu dan tidak perlu menunggu lama untuk memberikan jawapan," ujar Cameron yang baru sahaja membintangi filem ketiga Shrek, Shrek Forever After.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan