Shahir Juara Akademi Fantasia 8

Diterbitkan: Ahad, 23 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shahir ialah juara AF8. - Foto THE STAR Oleh SHAARI CHEMAT
Shahir ialah juara AF8. - Foto THE STAR Oleh SHAARI CHEMAT

KUALA LUMPUR: Peserta pilihan Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Shahir, 22, membawa pulang kereta Peugeot 207 tajaan Nasim Sdn Bhd, percutian hebat ke Hong Kong Disneyland, bekalan BRAND's Innershine selama setahun tajaan Cerebos, dua tiket pelancongan ke New York tajaan Maybelline New York dan set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo.

Dia turut memperoleh jam tangan lelaki dan wanita jenis Hugo Boss tajaan AD Time, Coway Air Purifier-Lombok tajaan Coway, percutian tiga hari dan dua malam di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG Electronics dan trofi juara Akademi Fantasia.

Peserta yang berasal dari Kampar, Perak ini pernah tersingkir pada Debaran AF8 minggu ketujuh tetapi diundi masuk ke akademi menerusi AFundi Masuk pada minggu berikutnya.

Semalam, Shahir mendapat peratusan undian tertinggi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu 43.19 peratus.

Ini diikuti Adira dengan meraih 25.13 peratus, Daus (12.47 peratus), Maulana (10.2 peratus) dan Iwan (9.01 peratus).

Dalam persembahan akhir itu, Shahir membawakan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan (komposer dan lirik oleh Edry KRU) dan Biru Mata Hitamku (Wings) sehingga menambat hati para penonton untuk mengundinya.

Stadium gamat dengan sorakan, siulan dan tepukan gemuruh para penonton. Terdapat penyokong yang tidak segan silu berdansa mengikut rentak lagu penyanyi bersuara jantan ini.

Tanda-tanda Shahir dinobatkan sebagai juara sudah kelihatan ketika itu. Ini kerana sorakan penonton tetap berterusan walaupun pengkritik tetap, Aznil Nawawi dan Adlin Aman Ramlie serta pengkritik undangan, Ning Baizura sedang memberikan komen.

Pada sidang akhbar sejurus persembahan berakhir, Shahir memberitahu, kemenangan itu adalah di luar dugaannya.

"Sejujurnya saya tidak menjangkakan akan diumumkan menjadi juara. Saya sebenarnya berasa bersalah kerana di atas pentas, saya tidak sempat atau bersedia langsung dari segi ucapan.

"Dan saya hampir terlupa mengucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang sebenarnya berada di belakang saya memberikan tunjuk ajar. Tanpa mereka,saya rasa kami 12 peserta AF8 tidak akan berada di kedudukan kami hari ini," katanya dengan penuh rendah diri.

Peserta itu turut berterima kasih kepada para pengundi yang memberi peluang kedua kepadanya untuk terus bersaing di AF8 sekali gus menjadi juara.

"Saya rasa mungkin AF Masuk sedikit sebanyak memberi tuah kepada saya dan saya ucapkan terima kasih banyak kepada pengundi yang percaya dan tak putus mengundi saya," ujar Shahir.

Mengenai pendapat Adlin bahawa persembahan Adira itulah adalah persembahan juara semasa konsert berlangsung, Shahir menyifatkan persembahan keempat-empat rakan seperjuangannya selayak-layaknya berupa persembahan seorang juara.

"Bagi saya, keempat-empat rakan saya pun memberikan persembahan seorang juara. Mungkin tuah dan rezeki saya pada malam ini," katanya yang masih tidak tahu bagaimana untuk menguruskan hadiah-hadiahnya.

Sementara itu, Adira yang menjadi naib juara AF8 memperoleh kereta Satria Neo 1.6 CPS tajaan Proton, baucar percutian tajaan Maybelline New York, set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, jam tangan lelaki dan wanita jenis Hugo Boss tajaan HD Time.

Dia turut membawa pulang Coway Air Purifier - Lombok tajaan Coway, percutian tiga hari dan dua malam di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG Electronics dan trofi Naib Juara Akademi Fantasia.

Satu-satunya finalis wanita dalam AF8 ini mendendangkan lagu Ku Ada Kamu (komposer dan lirik oleh Edry KRU) serta Tiru Macam Saya (Sheila Majid).

Sebagai pemenang tempat ketiga, Daus meraih set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, voucher percutian tajaan Maybelline New York, jam tangan lelaki dan wanita jenis Hugo Boss tajaan HD Time, Coway Air Purifier - Lombok tajaan Coway.

Selain itu, dia juga memenangi percutian tiga hari dan dua malam di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG Electronics dan trofi Akademi Fantasia.

Daus yang berasal dari Kuching, Sarawak melontarkan lagu Kenapa? (komposer dan lirik oleh Edry KRU) serta Doktor Pakar Cinta (Yusry).

Bagi Maulana dan Iwan pula, mereka mendapat hadiah sagu hati berupa beg Kipling Luggage tajaan Kipling dan trofi Akademi Fantasia.

Maulana menyanyikan lagu RSVP (komposer dan lirik oleh Edry KRU) serta Susun Silang Kata (Aizat)

Manakala Iwan menghiburkan penonton dengan lagu VIP (komposer dan lirik oleh Edry KRU) dan Relaku Pujuk (Spider).

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan