Lady Gaga Pecat Pasukan Keselamatan Selepas Diganggu

Diterbitkan: Ahad, 23 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lady Gaga beraksi di Paris pada 21 Mei lalu. - Foto AFP
Lady Gaga beraksi di Paris pada 21 Mei lalu. - Foto AFP

LADY Gaga dikhabarkan memecat pasukan keselamatan selepas seorang peminat fanatik melompat ke atas pentas semasa persembahan di Jepun pada bulan lalu.

Pelantun lagu The Poker Face itu sedang membuat persembahan sempena Monster Ball world tour ketika insiden tersebut berlaku.

Gaga cepat-cepat berundur ke sisi bahagian pentas sambil dua penari mengheretnya beredar dari situ.

Media melaporkan Gaga yang begitu kecewa dengan insiden itu terus menamatkan perkhidmatan keselamatan tersebut.

"Sesetengah percaya dia akan bertenang tetapi dia telah menghantar pasukan keselamatannya pulang," menurut sumber.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan