Chef Wan Perkenal Masakan Eropah Di RTM2

Diterbitkan: Ahad, 23 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kapten (Bersara) Azlan Abdullah percaya GEF akan mendapat sokongan para penonton. - Foto THE STAR Oleh BRIAN MOH
Kapten (Bersara) Azlan Abdullah percaya GEF akan mendapat sokongan para penonton. - Foto THE STAR Oleh BRIAN MOH

TIDAK lama lagi, para penonton saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) 2 berpeluang menyaksikan Chef Wan berkongsi resipi dan cara memasak makanan Eropah menerusi program masakan Glorious European Food (GEF).

Chef Wan akan memperkenalkan antara lain masakan English, Itali, Switzerland, Sepanyol, Portugal dan Perancis dalam 13 episod.

Penerbit GEF, Kapten (Bersara) Azlan Abdullah dari Sazawan Supply Sdn Bhd berkata, sesi penggambaran yang bermula pada awal bulan ini telah selesai dijalankan.

Katanya, penggambaran memakan masa selama dua minggu dan lokasi penggambarannya di tempat-tempat bersejarah seperti Pulau Pinang dan Melaka.

"GEF sesuai untuk tontonan rakyat negara ini dan Insya-Allah, ke Asian Food Channel nanti.

"Ramai rakyat Malaysia sebenarnya suka makanan Barat tetapi mungkin mereka tidak tahu memasaknya. Jadi Chef Wan akan berkongsi tips memasak hidangan Eropah dengan penonton di rumah," katanya kepada mStar Online.

Beliau ditemui semasa menghadiri Pertandingan Memasak Makanan Berkhasiat anjuran Kolej Damansara Utama, Khamis lalu.

Azlan berkata, GEF dijangka disiarkan pada Julai ini tetapi tarikhnya belum ditentusahkan lagi kerana masih berbincang dengan RTM2.

Beliau membayangkan dokumentari arahan Ahmad Ibrahim atau lebih di kenali sebagai Ahmad London itu akan disiarkan pada hujung minggu supaya seisi keluarga dapat menontonnya.

Ditanya tentang sebab pemilihan tempat bersejarah sebagai lokasi penggambaran, Azlan memberitahu ia adalah untuk mencetuskan suasana negara asal masakan tersebut.

"Misalnya kita buat penggambaran di Berjaya Hills atau dikenali sebagai Bukit Tinggi kerana permandangannya macam dekat Perancis.

"Di Penang, kita pilih Hotel Eno yang berusia 120 tahun kerana ia merupakan tempat bersejarah yang melibatkan British," katanya.

Tambah Azlan, episod terakhir GEF diadakan di The Stadthuys atau Red Building dan Istana Melaka.

"Lebih menarik, rancangan itu turut melibatkan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan isteri," katanya.

Sementara itu, Chef Wan memberitahu, dia bukan sahaja memperkenalkan masakan Eropah bahkan budaya dan pengalamannya ketika menetap di luar negara.

Jelasnya, dia juga akan berkongsi cara masakan tradisional dan moden sesetengah masakan itu.

"Antara resipi yang akan saya ketengahkan ialah Irish lamb stew, Poll al Contadino (ayam panggang Itali), pescatore (makanan laut campuran) dan spageti Itali," katanya yang pernah menetap di Amerika Syarikat selama 17 tahun, Vancouver (2 tahun) dan Paris (setahun).

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan