Terrence Howard Dedah Telah Berkahwin

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Terrence Howard bergambar semasa Festival Filem Antarabangsa ke-63 di Cannes, selatan Perancis pada 15 Mei, 2010. - Foto AP
Terrence Howard bergambar semasa Festival Filem Antarabangsa ke-63 di Cannes, selatan Perancis pada 15 Mei, 2010. - Foto AP

BINTANG filem Iron Man, Terrence Howard mendedahkan bahawa dia telah berkahwin.

Howard, 41, dikhabarkan berkahwin dengan Michelle Ghent, 33, di sebuah majlis kecil di Los Angeles pada Januari lalu.

Pasangan itu bagaimana tidak menghebahkan berita perkahwinan mereka kepada orang ramai selama beberapa bulan.

Howard hanya memberitahu media semasa Festival Filem Cannes di Perancis pada awal minggu ini.

"Untuk datang ke sini dan bersama isteri saya, ia adalah perasaan paling menarik di dunia," katanya kepada media.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan