Serina Disahkan Hamil Bayi Lelaki

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS usia kandungannya hampir mencecah lima bulan, baru Serina Redzuawan mengetahui jantina bayi yang dikandungnya itu adalah lelaki.

Kelmarin, dia mendapat pengesahan tentang putera sulungnya dengan suaminya Gavin Edward O'luanaigh@Salahudin Ghafar itu setelah melihat sendiri jantina bayi itu menerusi mesin pengimbas di Pusat Perubatan Primanora, Taman Tun Dr Ismail.

Dia memang tidak berniat mahu merahsiakan jantina bayi bagi memudahkannya membuat persediaan awal.

Bukan Serina dan suami sahaja yang gembira menerima berita itu malah dia turut berkongsi kegembiraan itu dengan bapanya, Datuk Redzuawan Ismail @ Chef Wan.

“Kami rasa tidak sabar menantikan cucu dan cicit pertama dalam keluarga saya. Syukur alhamdulillah, saya juga sebenarnya memang nak sangat bayi lelaki.

“Ramai juga orang lebih tua daripada saya mengandaikan bayi ini adalah lelaki sebab saya sentiasa lasak sepanjang mengandung,” katanya kepada mStar Online.

Serina juga tidak mengalami alahan. Namun, dia tidak dapat lari daripada menikmati makanan yang masam seperti tomyam dan mangga.

“Saya tidak suka manjakan diri masa hamil ini sebab tak nak anak jadi pemalas. Lagipun, dari kajian saya, saya pantang kalau selalu tidur dan memerap di rumah kerana kesannya saya akan jadi moody dan malas.

“Sebab itu saya lebih suka hidup aktif. Jadi, saya akan menjadi ceria dan sentiasa gembira.

“Bayangkan, pada Januari, Februari dan Mac lalu, saya masih boleh menunggang motosikal trafik untuk penggambaran drama Roda-Roda Kuala Lumpur manakala April saya melancong ke Pulau Pangkor, Terengganu dan Kedah untuk penggambaran program Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) musim ke-13,” beritahunya lagi.

Serina juga gembira apabila memberitahu tentang rating JJCM13 yang lebih tinggi berbanding musim sebelumnya sejak disiarkan pada 14 Februari lalu di TV3.

“Saya rasa gembira bila mendapat tahu JJCM mencatat rating yang tinggi walaupun saya menggantikan kak Maria Tunku Sabri. Bagaimanapun, saya rasa penonton dapat merasakan kelainan yang diberikan antara kami berdua.

“Saya sentiasa menjanjikan kelainan program ini supaya lebih realiti dan natural,” ujarnya mengenai program yang sudah memasuki musim ke-14 itu.

Sementara itu, dia juga dilantik sebagai duta produk tuala wanita dan panty liner jenama Aura Fem keluaran Scalar Living Sdn. Bhd. sejak lebih sebulan lalu.

“Ikutkan dah lama Scalar Living memberikan tawaran untuk bergelar duta Aura Fem sehinggalah saya mencuba produk itu sebelum berkahwin. Sekarang, saya bukan sahaja menjadi duta produk itu malah turut menjualnya,” katanya yang secara tidak langsung mempromosikan produk-produk itu yang turut boleh didapati menerusi laman web aurafem.blogspot.com.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan