Rahsia Lakonan Mempesona Juliette Binoche

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Juliette Binoche bergaya semasa sesi fotografi Copie Conforme pada Festival Filem Cannes ke-63 pada 18 Mei 2010 di Cannes. - Foto AFP
Juliette Binoche bergaya semasa sesi fotografi Copie Conforme pada Festival Filem Cannes ke-63 pada 18 Mei 2010 di Cannes. - Foto AFP

AKTRES Perancis Juliette Binoche sudah berusia 43 tahun. Namun dia tidak pernah kekurangan watak yang bagus untuk dilakonkan dan hampir di semua filemnya, lakonan Juliette selalu mempesona.

Filem terbaru Juliette, Certified Copy dicalonkan dalam Festival Filem Cannes. Certified Copy mengisahkan tentang pemilik galeri di Perancis yang menghabiskan waktu seharinya bersama seorang penulis Inggeris. Ia diarahkan oleh Abbas Kiarostami, sutradara berasal dari Iran.

Pada tahun 1997, Julliette telah memenangi Oscar menerusi filem The English Patient. Tahun 2008, dia memilih untuk berehat sebentar dari lakonan dan sibuk menerokai bidang seni lain. Wanita berbakat versatil itu muncul dalam pementasan tari berkolaborasi dengan koreografer Inggeris Akram Khan. Dia juga menerbitkan karya seni berupa puisi dan lukisan.

Walaupun sudah tua, ia bukan alasan Juliette untuk tidak mendapat watak bagus dalam filem. Kata Juliette, bukan bererti tidak ada peluang langsung kepada aktres berusia sepertinya.

"Saya tidak pernah kekurangan watak yang bagus dalam usia saya sekarang ini. Saya selalu mencari sutradara yang boleh mengerti watak yang saya inginkan," kata Juliette kepada ukpress semalam.

"Kita harus pandai membawa diri kita sendiri, pergilah kepada sutradara yang kita sukai, atau tulislah filem untuk kita lakonkan sendiri, dan kita tidak boleh selalu menyalahkan orang lain," ujar Juliette.

Tambahnya, semua akan menjadi baik bila kita kreatif dan tidak perlu menyalahkan orang lain jika tidak mendapat tawaran.

"Saya rasa kalau kita kreatif akan berjalan dengan baik. Sebab itu saya menari, walaupun di usia 43 tahun. Saya rasa harus belajar menari dan berani untuk mengambil risiko," tuturnya memulakan kariernya sejak tahun 1983 itu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan