Adik-Beradik Jonas Terperangkap Dalam Lif - Berita Hiburan | mStar

Adik-Beradik Jonas Terperangkap Dalam Lif

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

The Jonas Brothers, Kevin, Joe dan Nick menghadiri The 2010 White House Correspondents' Dinner di Washington Hilton pada 1 Mei 2010, di Washington. - Foto AP
The Jonas Brothers, Kevin, Joe dan Nick menghadiri The 2010 White House Correspondents' Dinner di Washington Hilton pada 1 Mei 2010, di Washington. - Foto AP

BINTANG pop, Jonas Brothers diselamatkan oleh pegawai Jabatan Bomba selepas terperangkap dalam lif selama 45 minit.

Kevin, Nick dan Joe Jonas pulang selepas membuat persembahan konsert di The Grove, Hollywood pada minggu lalu ketika insiden itu berlaku.

"Kami terperangkap di lif yang dipenuhi lapan orang dan pegawai keselamatan Big Rob," kata Joe kepada media.

Nick yang menderita akibat kencing manis berasa lebih bimbang kerana tidak membawa ubat-ubatan bersama.

Katanya: "Saya tidak panik. Saya hanya tidak mempunyai pemeriksa kandungan gula bersama saya. Saya takut jika tahap gula pada darah terlalu rendah, saya tidak dapat berbuat apa-apa."

Joe pula mengakui ia nampaknya seronok pada permulaan. Bagaimanapun, semakin lama terperangkap, dia berasa semakin panik.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan