Joe Flizzow Kurus Kerana Diet

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Joe Flizzow semakin kurus kerana mengamalkan diet dan aktif bersukan. - Foto oleh ONG SOON HIN
Joe Flizzow semakin kurus kerana mengamalkan diet dan aktif bersukan. - Foto oleh ONG SOON HIN

LAMA juga mStar Online tidak bersua dengan bintang hip hop terkenal Joe Flizzow. Namun agak menghairankan, pada pertemuan baru-baru ini, penyanyi juga komposer kreatif yang sinonim dengan susuk tubuh yang 'berisi' selama ini dilihat semakin kurus.

Teruja untuk mengetahui alasan di sebalik perubahan drastik itu, penyanyi daripada kumpulan Too Phat ini lantas dihampiri bagi mendapatkan penjelasan.

Menurut mentor kepada peserta program Mentor 4, Ila, perubahan pada fizikalnya adalah berpunca daripada kesedaran terhadap kepentingan untuk menjaga kesihatan selain untuk memantapkan stamina.

"Atas kesedaran terhadap kesihatan dan untuk memantapkan stamina, saya buat keputusan untuk mula mengamalkan diet dalam pemakanan saya.

"Sebelum ini, saya suka makan apa sahaja tidak kira pada waktu tengah malam atau bila-bila masa tanpa sekatan," katanya yang mula berdiet sejak beberapa bulan lalu.

Sambil menyangkal dakwaan penyusutan fizikalnya itu disebabkan oleh masalah kesihatan, Joe sebaliknya menjelaskan perubahan itu adalah inisiatifnya sendiri untuk menurunkan berat badan.

"Saya semakin kurus bukan sebab sakit tapi sebab sedang mengamalkan diet. Sebelum ini, saya agak 'besar' dan mudah letih serta kurang berstamina.

"Sejak mengamalkan diet dalam pemakanan saya beberapa bulan yang lalu, berat badan sekarang pun sudah berkurangan sebanyak 6kg daripada berat sebelum ini 80kg," katanya.

Pemenang anugerah Album Inggeris Tempatan Terbaik AIM 16, President itu turut menambah, selain mengawal tabiat pemakanan, dia turut kembali aktif bersukan dengan bermain bola sepak seperti dulu.

"Saya juga semakin aktif bersukan dengan bermain bola sepak hampir setiap hari. Sebagai penghibur, lebih-lebih lagi untuk penyanyi rap dan hip hop, saya perlu memiliki tenaga dan stamina yang tinggi untuk beraksi lincah di pentas.

"Jadi, cara terbaik untuk meningkatkan stamina adalah dengan aktif bersukan. Sebab itulah saya semakin aktif bermain bola sepak kebelakangan ini," ujarnya yang kini turut menjadi juri program realiti tarian, Showdown 2010 di 8TV.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan