Chef Wan 'Berkorban' Royalti Buku

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KERANA ingin berkongsi ilmu masakan, Datuk Chef Wan sanggup menerima royalti yang lebih sedikit iaitu 5 peratus berbanding 10-12 peratus yang diterimanya sebelum ini.

Katanya, ini bagi memastikan buku masakan mini hasil nukilannya yang kini berada di pasaran sejak dua minggu lalu boleh dijual pada harga RM9.90 sebuah.

"Sayang kalau ada ilmu, kita tak sampaikannya kepada orang lain. Kadang-kala, bila Wan tanya kenapa mereka tak beli buku masakan, mereka kata mahal.

"Apatah lagi, buku masakan import boleh cecah hingga RM40-RM50 senaskhah. Wan pernah memberikan buku-buku masakan kepada makcik di kampung begitu sahaja," katanya kepada mStar Online.

Koleksi buku mini berkulit nipis telah habis dijual dan usaha mencetak semula sedang diusahakan penerbit The Marshall Cavendish.

Terdapat lapan tajuk dan antaranya termasuk daging, sayur-sayuran, pai dan tart (kuih), kek dan mufin.

Walaupun bersaiz mini, Chef Wan berkata, buku mini itu mempunyai 50 resipi.

"Bila mereka baca buku masakan, ahli-ahli keluarga boleh saling mengeratkan silaturrahim dengan memasak bersama.

"Malah, mereka boleh berkongsi hasil masakan dengan kawan-kawan serta sanak saudara," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan