Umie Aida Suka Guna Cold Wrap Langsingkan Badan

Diterbitkan: Rabu, 19 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Umie Aida bertambah langsing selepas menjalani rawatan Terapi LipoSonic. - Foto Ihsan MARIE FRANCE BODYLINE
Umie Aida bertambah langsing selepas menjalani rawatan Terapi LipoSonic. - Foto Ihsan MARIE FRANCE BODYLINE

LAIN orang, lain caranya untuk melangsingkan badan. Bagi pelakon jelita, Umie Aida, dia gemar menggunakan teknik cold wrap.

Cold wrap ialah teknik langsing badan yang popular dan telah digunakan sejak 25 tahun lalu.

Akui Umie, cold wrap memudahkan pembakaran lemak di dalam badan dan rawatan itu tidak menyakitkannya.

"Kita fikir selalu hot baru burn tapi bila sejuk, ia burn (lemak) lagi cepat.

"Ia sejuk... dan memberi kesan penyejukan seperti mentol," katanya pada sidang akhbar bagi memperkenalkan Umie Aida sebagai Duta Marie France Bodyline (MFB) di Restoran & Bar Sage, Gardens Mid Valley City semalam.

Isteri Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan ini berkata dia begitu selesa menjalani rawatan pelangsingan sehingga boleh tertidur.

"Saya enjoy setiap kali pergi mendapatkan rawatan. Saya bersantai dan tertidur. Bila Ummi bangun, mereka dah siap," ujarnya.

Umie berkata untuk mendapat hasil positif daripada sebarang rawatan pelangsingan badan, seseorang itu perlu berdisiplin.

"Tetapi ini tidak bermakna tak boleh makan ini dan itu. Pakar pemakanan akan tanya apa yang Ummi makan setiap hari. Dari situ, mereka akan beritahu Ummi supaya makan ala kadar.

"Sarapan pagi jangan sesekali ditinggalkan kerana jika kita tinggalkannya, kita cenderung makan lebih pada waktu tengah hari," jelas pemenang Aktres Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-16 menerusi filem Embun ini.

Umie turut memberitahu dia makan lima kali sehari dengan bahagian yang kecil pada satu-satu masa.

Tegasnya, jangan makan benda yang heavy pada waktu malam kerana ia akan membuat lemak lagi.

"Apa pun, kita kena berdisplin. Bila berdisplin, kita akan dapat melihat hasilnya," tegasnya.

Ditanya sama ada suaminya turut mendapatkan rawatan pelangsingan yang sama, Umie berkata sambil ketawa berdekah-dekah: "Abang K tak perlulah... Biar dia macam itu."

Sementara itu, Pengurus Besar MFB, Joanne Yeong berkata, Umie menjalani terapi LipoSonic (LST) sebagai rawatan utama untuk melangsingkan badan.

LST menggunakan frekuensi rendah sebanyak 40kHz untuk 'membakar' lemak dalam badan kita.

Manakala teknik cold wrap kata Joanne, hanya digabungkan dengan rawatan utama iaitu LST semasa proses rawatan.

"Umie sudah beberapa kali tidak dapat menjalani rawatan pelangsingan badan kerana sibuk bekerja.

"Oleh itu, MFB menggabungkan teknik tersebut kedalam regime pelangsingan badan menggunakan LST," katanya.

Jelas Joanne lagi, teknik cold wrap sepatutnya digunakan untuk mereka yang bersaiz besar atau gemuk gedempol dan ingin mengurangkan berat badan dengan segera.

Secara amnya, ia boleh mengurangkan berat badan sebanyak 10-20 kg.

Sempena pengenalan Umie sebagai duta, MFB turut mengumumkan pelancaran peraduan The Perfect Bride bagi mereka yang akan berkahwin pada Oktober tahun ini hingga Jun tahun depan.

Layari www.mariefrancebodylinecontest.com.my untuk maklumat lanjut.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan