Noh Tak Terdaya Tolak Duet Dengan Siti

Diterbitkan: Rabu, 19 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Siti berduet dengan Noh dalam rakaman program raya Stylistika Siti. - Foto oleh M. AZHAR
Siti berduet dengan Noh dalam rakaman program raya Stylistika Siti. - Foto oleh M. AZHAR

NOH pernah menyuarakan hasratnya yang tidak akan membuat persembahan tanpa ahli band Hujan yang lain. Namun apa sudah jadi apabila dia berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza dalam rakaman program raya Stylistika Siti baru-baru ini.

Semasa awal-awal kemunculan Hujan dulu, Noh pernah menolak tawaran sebuah stesen televisyen untuk tampil solo tanpa Hujan. Alasannya, dia akan tampil dalam program realiti popular stesen televisyen itu sekiranya rakan-rakan Hujan yang lain dibenarkan untuk turut serta.

“Saya terima untuk menyanyi dengan Datuk Siti dalam program Stylistika Siti sebab dia, Nan dan Aji. Aji pula menguatkan semangat saya untuk terima program ini kerana Hujan.

“Insya-Allah, kalau ada tawaran untuk membuat persembahan secara solo tanpa Hujan selepas ini, saya boleh terima tetapi kena lihat dulu situasinya best atau tidak,” kata Noh seusai menjayakan rakaman program tersebut di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Bercerita tentang penglibatannya dalam program itu, Noh berkata semuanya bagai mimpi kerana dia sangat menyanjung tinggi penyanyi nombor satu Malaysia itu.

“Saya rasa pengalaman ini sangat berharga yang saya perolehi sepanjang berada dalam industri seni ini. Mula-mula semasa mendapat panggilan tentang tawaran ini, saya ingat ramai artis yang akan terlibat dan mungkin saya akan menyanyi satu baris lagu sahaja.

“Tetapi rupanya tidak. Bila ditanya pula tentang lagu duet apa yang saya mahu nyanyikan, terus saya pilih lagu Begawan Solo sebab saya dah lama nak nyanyi lagu kegemaran saya itu.

“Semasa rakaman program itu, saya rasa gugup juga sebenarnya walaupun ada yang kata saya nampak santai,” ujarnya lagi.

Biarpun begitu, Noh belum terfikir untuk menggubah lagu buat penyanyi kesukaan dan pujaan ramai itu.

Walaupun Siti merupakan penyanyi versatil yang berkebolehan menyanyi berbagai genre lagu, Noh berkata dia belum mempunyai keberanian untuk berbuat demikian.

“Kalau ada peluang, apa salahnya,” tuturnya yang tidak menolak kemungkinan sekiranya Siti berminat.

Dalam perkembangan lain, Noh sedang dalam proses merakam lagu-lagu baru untuk dimuatkan dalam album terbaru Hujan yang akan dipasarkan sebelum hujung tahun nanti.

“Kami telah memilih 14 buah lagu untuk album terbaru kami. Kebanyakan lagu tersebut berentak balada dan 90 peratus adalah lagu tentang cinta.

“Kami sangat bersungguh-sungguh untuk menyiapkan album ini. Setelah memulakan pembikinannya sejak bulan lepas, kini hanya tinggal 40 peratus lagi untuk siap,” beritahunya mengenai album yang turut memuatkan lagu lama, Kotak Hati.

Noh akui, sebagai pemuzik dia membuat muzik mengikut jiwa syok sendiri.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan