Russell Crowe Tidak Mahu Anak-anak Ikut Jejak Langkahnya

Diterbitkan: Selasa, 18 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Russell Crowe dan isteri, Danielle Spencer.
Russell Crowe dan isteri, Danielle Spencer.

MESKI menjadi aktor top, Russell Crowe tidak mahukan anak mengikuti jejaknya. Bintang Robin Hood itu berharap dua puteranya tidak bercita-cita menjadi bintang filem.

Selepas berkahwin dengan penyanyi Danielle Spencer, Russell dikurniakan Charlie, 6 dan Tennyson, 3. Pemenang Oscar menerusi lakonannya sebagai Maximus dalam Gladiator itu mahu anaknya mempunyai profesion yang berbeza daripada dirinya. Dia tidak mahu memaksa dua puteranya itu ke dunia filem.

"Saya harap mereka tidak menjadi aktor seperti saya," kata Russell kepada Sunday Mirror semalam.

Namun Russell tidak akan melarang Charlie dan Tennyson bekerja di Hollywood. Kata lelaki kelahiran Wellington, Selandia Baru pada 7 April 1964 itu, biarkan semua itu berlaku sendiri. "Kalau akhirnya mereka bekerja di Hollywood itu biarkan saja kerana mereka memiliki darah seni," jelas Russell.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan