Bekas Isteri Hattan Fail Pindaan Jumlah Mutaah

Diterbitkan: Isnin, 17 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Arianie ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pagi tadi. - Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH
Arianie ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pagi tadi. - Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH

PETALING JAYA: Bekas isteri Hattan, Arianie Mohd Abidin, 39, memfailkan pindaan terhadap tuntutan jumlah mutaah semasa prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Bagaimanapun, Hakim Syarie, Ghazali Ahmad mengarahkan Arianie selaku pihak plaintif menyelesaikan isu insolvensi terlebih dahulu.

Arianie difahamkan perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) sebelum kes itu boleh didengar di mahkamah.

Sehubungan itu, peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 46, memohon tarikh sebutan kes yang baru.

"Kami memohon tarikh sebutan supaya plaintif memenuhi syarat (insolvensi) dan agar pihak kami failkan pembelaan sekiranya plaintif telah penuhi tuntutan JIM," katanya kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan kes.

Dalam prosiding hari ini, Hattan tidak hadir dan dia diwakili peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie.

Manakala Arianie yang berbaju kurung hitam hadir ditemani saudara serta wakil peguamnya, Maryam Jameelah Sidek Khalid.

Peguam Ariane, Harziah Othman masih dalam cuti bersalin.

Sementara itu di luar mahkamah, Roshdan ketika ditanya mengenai maklumat pindaan tersebut berkata, dia belum membacanya kerana baru menerima penyata tuntutan pindaan mutaah itu hari ini.

"Mungkin jumlah. Plaintif yang minta ubah tuntutan jumlah mutaah.

"Namun, mahkamah tadi mengarahkan plaintif selesaikan isu insolvensi terlebih dahulu, barulah kes ini boleh berjalan dengan okey," ujarnya.

Mengenai ketidakhadiran anak guamnya, Roshdan berkata, Hattan belum berkesempatan untuk hadir ke mahkamah.

"Sebab ini sebutan sahaja. Setakat ini, dia belum berkesempatan. Masa depan, insya-Allah dia dapat hadir," katanya.

Dalam pada itu, Arianie yang ditemui di luar mahkamah memberitahu pihaknya sedang membuat pindaan terhadap tuntutan mutaah, hari ini.

"Jumlah mutaah itu boleh dirunding tetapi memang kita telah ubah jumlah.

"Pasal insolvensi, harap Hattan akan selesaikannya dengan baik. Banyak lagi yang perlu saya lalui," katanya yang berharap tuntutan benda ini akan selesai dengan baik.

Hattan dan Arianie mendirikan rumah tangga pada 17 Disember 1996.

Hattan melafazkan lafaz cerai talak satu terhadap Arianie di kediaman mereka di No. 29, Tropicana Golf and Country Resort pada 31 Disember 2004.

Pada 4 Januari 2005, Arianie memfailkan permohonan pengesahan perceraian yang dibuat oleh Hattan pada 31 Disember 2004.

Pada 10 Mac 2005, Hattan secara rasmi melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Arianie di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Hasil perkongsian hidup selama lapan tahun, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Adam Eiman.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan