Awal Tetap Nyanyi Walaupun Dikritik

Diterbitkan: Isnin, 17 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Awal Ashaari menyanyikan lagu Memori ketika memukau para penonton konsert Alibi awal tahun ini. - Foto THE STAR Oleh RAJA FAISAL HISHAN
Awal Ashaari menyanyikan lagu Memori ketika memukau para penonton konsert Alibi awal tahun ini. - Foto THE STAR Oleh RAJA FAISAL HISHAN

PENGACARA dan pelakon berbakat, Awal Ashaari pernah memukau penonton konsert Konsert Kosmik Alibi melalui lagu Memori pada awal tahun ini.

Lantunan suara ‘jantan’nya membuktikan keupayaan Awal mengungguli bidang lakonan, pengacaraan dan nyanyian.

Bagaimanapun akuinya, dia terima kritikan terhadap nyanyiannya tetapi ragu-ragu terhadap kesahihan kritikan itu.

Katanya, dia tak boleh menjangka semua orang akan menyukai muziknya.

"Sesetengah bagus dan sesetengah tak bagus tapi saya take it with a pinch of salt.

"Lagipun semua yang suka dengar konsert itu, semua suka. Mereka yang tidak suka ialah mereka yang tengok di Youtube. Mereka hakikatnya tidak merasai suasana sebenar konsert tersebut.

"Bila mereka rakam pakai handphone, suara tentu pecah di youtube dan mereka menghakimi berdasarkannya," katanya ketika ditemui mStar Online di Rasa Sayang Raya Screenings 2010 anjuran Rangkaian Media Prima baru-baru ini.

Kritikan tersebut tidak mematah semangat Awal untuk terus mencuba menyanyi.

Dia kini sedang sibuk membuat raptai persembahan Alibi di No Black Tie pada 24 Mei ini.

"Ketepikan semua kritikan itu, saya nak tunjukkan kepada mereka supaya berada di konsert itu dan mendengar nyanyiannya nanti.

"Saya tak menjangka ia akan sempurna tetapi sekurang-kurangnya ada kemajuan," tegasnya.

Namun, Awal sudah membayangkan dia bersama Lah, Cat Farish, Adib, Fiq, Nabil bakal menggegarkan pentas di No Black Tie pada tarikh berkenaan.

"Dari segi lagu, ia adalah unplugged. Saya masih akan menyanyikan lagu saya, Memori tetapi penganjur meminta saya menyanyikan dua buah lagu malar hijau lagi untuk menarik perhatian penonton," ujarnya.

Bagi memastikan persembahannya berjaya, Awal membuat latihan setiap hari dengan raptai sebenar pada 17 dan 18 Mei ini.

Biar apa orang nak kata, belakang parang diasah lagikan tajam. Itulah semangat yang dipegang Awal.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan