Tom Cruise Ingin Terus Berlakon

Diterbitkan: Ahad, 16 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WALAUPUN sudah membintangi puluhan filem, aktor Tom Cruise mengakui dirinya masih tidak punya hasrat untuk bersara daripada dunia lakonan kerana ingin membuatkan hidup orang lain ceria menerusi filem-filem lakonannya.

Kata pelakon berusia 48 tahun itu: "Saya seorang yang suka menghiburkan orang lain. Apa yang saya suka lakukan adalah berlakon filem. Dan saya akan terus berlakon sehingga tidak diperlukan lagi.

Dalam kenyataannya kepada majalah Total Film, baru-baru ini, aktor filem Knight and Day itu turut menegaskan bahawa dia tidak pernah kisah atau ambil peduli dengan apa jua kenyataan atau cerita-cerita tidak benar yang diterbitkan mengenai dirinya dan keluarga.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan