Semangat dan Matlamat Fahrin, Nash Untuk KL Marathon 2010

Diterbitkan: Ahad, 16 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fahrin Ahmad (kiri) dan Nash Idrus (kanan) yang mewakili rakan amal marathon masing-masing, Yayasan AIDS Malaysia (MAF) dan Persatuan Kanser Malaysia (NCSM) mengajak rang ramai menyertai Larian Standard Chartered KL Marathon 2010 pada 27 Jun ini. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH
Fahrin Ahmad (kiri) dan Nash Idrus (kanan) yang mewakili rakan amal marathon masing-masing, Yayasan AIDS Malaysia (MAF) dan Persatuan Kanser Malaysia (NCSM) mengajak rang ramai menyertai Larian Standard Chartered KL Marathon 2010 pada 27 Jun ini. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH

MENGANGKAT 'Run For a Cause' (Berlari Untuk Suatu Matlamat) sebagai tema, Larian Standard Chartered KL Marathon 2010 yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka pada 27 Jun ini bukan sahaja menarik perhatian masyarakat untuk menyertainya, tetapi juga para selebriti tanah air.

Antara selebriti yang telah mengesahkan penyertaan untuk menjayakan perlumbaan tahun ini termasuklah Fahrin Ahmad dan Nash Idrus yang mewakili rakan amal marathon masing-masing iaitu Yayasan AIDS Malaysia (MAF) dan Persatuan Kanser Malaysia (NCSM).

Selaku duta MAF, Fahrin yang juga peminat sukan dan aktiviti kecergasan melihat acara ini sebagai gelanggang untuk dia mendekati komuniti sambil memberi sumbangan sosial khususnya kepada mangsa AIDS/HIV.

"Banyak yang saya belajar selama hampir dua tahun bersama MAF. Saya berpeluang mendekati mangsa AIDS dan mendengar sendiri pengalaman mereka. Dari situlah saya terpanggil untuk terus membantu mereka," kata aktor berbakat besar ini.

Tidak cukup dengan itu, dia juga akan menghebahkan tentang perlumbaan itu kepada para peminatnya di Facebook dan di seluruh Malaysia supaya mereka dapat turut serta dan menjayakan program amal itu.

"Saya mahu ajak peminat sama-sama berlari dengan saya. Saya akan maklumkan di Facebook. Selain peminat, saya juga ajak rakan artis. Setakat ini, Umie Aida telah bersetuju untuk sama-sama berlari," katanya yang juga meminati sukan ragbi.

Tanpa mahu menetapkan sasaran jumlah kutipan, Fahrin yakin perlumbaan tersebut bakal mendapat sambutan hebat dan berjaya mencapai objektifnya.

"Saya akan berusaha untuk dapatkan seberapa banyak yang saya mampu. Tak ada sasaran, tapi saya benar-benar ikhlas menjayakan acara ini," katanya penuh semangat.

Nash Ajak Isteri, Rakan Artis

Bagi Nazril Idrus atau Nash, ini adalah tahun kedua dia menyertai program anjuran Standard Chartered ini. Pada perlumbaan itu nanti, dia tidak keseorangan. Isterinya, aktres Sazzy Falak juga bakal berlari bersama-samanya sejauh 10 kilometer.

Nash memilih berlari untuk NCSM kerana menyedari penderitaan pesakit kanser yang terpaksa bertarung dengan penyakit yang digeruni ramai itu, selain meminati sukan dan aktiviti larian.

Sama seperti Fahrin, Nash juga sangat mengalu-alukan penyertaan masyarakat dan rakan-rakan artis.

Bagi mereka yang ingin menyertai Standard Chartered KL Marathon 2010, mereka perlu melayari laman web www.klmarathon.com.

Run For a Cause adalah perlumbaan yang mengkehendaki peserta membuat aku janji menyerahkan hasil kutipan kepada satu daripada lima rakan amal maraton iaitu Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Persatuan Kanser Malaysia (NCSM), Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) dan Standard Chartered Trust Fund (SCTF).

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan