Vokalis The Killers Terpaksa Bikin Album Sendirian

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan muzikal
Kumpulan muzikal "The Killers" menerima anugerah Vanguard pada The 27th Annual ASCAP Pop Music Awards, 21 April 2010, di Los Angeles. Dari kiri: Brandon Flowers, Dave Keuning dan Ronnie Vanucci, Jr. - Foto AP

VOKALIS The Killers iaitu Brandon Flowers rasa berat hati untuk merehatkan band itu untuk membikin album solonya.

Pada awalnya Brandon ingin album solonya itu dihasilkan bersama Ronnie Vannucci (drum), Dave Keuning (gitar) dan Mark Stoermer (bass) yang menerajui The Killers. Namun rakan-rakannya itu memilih untuk berehat dahulu daripada industri ini.

"Sejujurnya, saya secara peribadi akan memilih album ini sebagai milik The Killers. Beberapa lagu memang dibuat untuk The Killers, tapi ia tidak terjadi," ujar Brandon kepada Contactmusic semalam.

Sebenarnya keputusan untuk merehatkan band yang popular menerusi hits Spaceman itu bukan dibuat oleh Brandon. Sebolehnya dia ingin band yang ditubuhkan pada tahun 2002 itu terus berkarya.

"Saya tidak boleh menyalahkan anggota yang lain, tapi disebabkan saya sedang bersemangat, jadi saya meneruskan perjalanan ini," jelasnya.

Meskipun sebahagian material yang diciptakan Brandon itu adalah untuk The Killers, namun dia berkata hasil akhir album itu tidak selari dengan konsep The Killers sebelum ini.

"Saya sedar tidak cuba membuat sesuatu yang menyamai aliran muzik The Killers. Kami terdiri dari empat orang, jadi saya tidak mungkin dapat membuat seperti The Killers sendirian. Saya fikir album ini akan mempunyai jati diri yang berbeza," tutur Brandon.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan