Lebih RM100,000 Untuk Pikat Inul Datang Malaysia?

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Inul Daratista pada sidang akhbar sempena konsertnya di Kuala Lumpur baru-baru ini. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI
Inul Daratista pada sidang akhbar sempena konsertnya di Kuala Lumpur baru-baru ini. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI

BUKAN mudah untuk menambat hati penyanyi dangdut terkenal Inul Daratista untuk datang ke Malaysia bagi menjayakan 1 Konsert Inul Daratista.

Nasib baik, Inul bersikap terbuka dan tidak marah kerana konsertnya dua tahun dulu dibatalkan di saat-saat akhir.

"Kami membuat beberapa lawatan untuk meminang Inul semula dan akhirnya dia bersetuju," kata Nick Jordan, salah seorang penganjur Apex Event Network.

Dua tahun lepas, pihak penganjur terpaksa membatalkan hasrat untuk mengadakan konsert Inul kerana tunjuk perasaan beberapa pihak.

Siapa sangka kali ini nasib menyebelahi Inul dan akhirnya peminat Inul bakal menyaksikan aksi Ratu Dangdut ini sekali lagi pada 29 Mei di Tawau, Keningau (31 Mei) dan di Sunway Hotel Resort & Spa pada 4 Jun.

"Kami berjaya mendapatkan permit untuk semua pertunjukan kali ini tanpa banyak birokrasi. Jika tiada aral melintang, konsert susulan akan diadakan pada Julai ini," kata Nick lagi.

Menurut Nick, ada beberapa perkara lain yang menyebabkan pihak penganjur amat berminat menganjurkan konsert Inul.

"Inul secara peribadi adalah seorang yang merendah diri dan tidak sombong. Cukup senang bekerjasama dengannya.

"Dia amat bertimbang rasa dan bertolak ansur. Dia langsung tak ada sifat diva seperti ramai artis-artis terkenal.

"Dia tak pernah minta dilayan seperti diva. Cuma kami saja rasa terpanggil untuk melayan dia seperti itu," katanya yang berkesempatan berkunjung ke rumah Inul di Jakarta bagi urusan konsert.

Sambungnya lagi, ketika ramai orang sibuk-sibuk mengadakan bantahan atas konsertnya, dia hanya tenang dan tidak melatah.

"Kalau artis lain yang kena macam Inul, belum tentu lagi semangat mereka akan pulih untuk buat konsert di sini," tambahnya.

Nick yang sudah lama menjalin persahabatan dengan penyanyi kelahiran Pasuruan, Jawa Timur sejak konsert Inul di Malaysia pada tahun 2005 berharap masyarakat dapat menilai Inul sewajarnya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan