‘Headpiece’ Kelainan Fesyen Siti Ganti Tudung

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Siti menggayakan headpiece sebagai kelainan fesyen untuk menggantikan tudung atau selendang. Gambar kiri: Siti memperagakan busana rekaan Radzuan manakala gambar sebelah pakaian rekaan Rizman Ruzaini. - Foto oleh M. AZHAR
Siti menggayakan headpiece sebagai kelainan fesyen untuk menggantikan tudung atau selendang. Gambar kiri: Siti memperagakan busana rekaan Radzuan manakala gambar sebelah pakaian rekaan Rizman Ruzaini. - Foto oleh M. AZHAR

DIA pernah dicemuh kerana isu tudung sehingga ada yang mengatakan lebih elok jika penyanyi kelahiran Pahang itu tidak perlu lagi mengenakan tudung.

Selepas menunaikan haji pada awal tahun 2008, ramai peminat wanita bernama Datuk Siti Nurhaliza Tarudin itu kepingin melihatnya menunaikan hasratnya untuk bertudung litup.

Namun sehingga kini, Siti lebih selesa dengan fesyen tersendiri dengan menutup sebahagian rambutnya mengenakan headpiece atau hiasan kepala bagi menggantikan selendang atau tudung.

Semuanya bergantung kepada kreativiti pereka fesyen yang menghasilkan hiasan kepala itu khas untuk penyanyi lagu Di Taman Teman itu. Namun kadangkala ada juga Siti memberikan idea mengikut citarasanya.

Selera fesyen untuk pakaian pula lebih menyerlahkan sisinya yang mementingkan imej sopan sesuai dengan usia dan statusnya sebagai isteri orang.

Isteri kepada Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa itu berkata terlalu banyak koleksi pakaian yang disimpan di rumah dan pejabatnya, Siti Nurhaliza Productions (SNP).

Siti akui mempunyai keinginan untuk menderma pakaian-pakaian itu cuma menanti masa yang sesuai.

“Saya memang nak derma pakaian-pakaian yang disimpan itu tetapi bila fikir semula, setiap pakaian itu mempunyai nilai tersendiri. Tengoklah, saya akan jual pakaian itu kalau ada lelongan amal nanti untuk kebajikan.

“Tetapi ada juga pakaian-pakaian yang saya sayang dan masih digunakan untuk pergi ke majlis tertentu. Dalam banyak-banyak baju, saya paling sayang baju yang dipakai sewaktu melakukan Konsert Royal Albert Hall London,” ujarnya sewaktu menjayakan rakaman program khas raya Staylistika Siti untuk TV3 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam kelmarin.

Menerusi program yang akan disiarkan pada hari raya tahun ini, Siti melakukan kelainan dengan menampilkan model-model yang memperagakan koleksi fesyen menarik dari pereka tersohor Radzuan Radzwill dan Rizman Ruzaini.

Siti juga mengenakan busana daripada dua pereka itu ketika menyampaikan beberapa buah lagu popularnya seperti Destinasi Cinta, Aku Cinta Padamu, Percayalah, Jika Kau Tak Datang, Cinta Ini serta medley Cindai dan Balkis. Dia juga mengundang vokalis Hujan iaitu Noh ketika berduet lagu Begawan Solo, Dugaannya dan Bila Aku Sudah Tiada.

Menyentuh tentang pemilihan Noh yang pertama kali bekerjasama dengannya, dia memberitahu dia mengagumi muzik yang diketengahkan oleh Noh dalam lagu-lagunya.

“Cara dan teknik nyanyian Noh sangat berbeza dan santai selain dia merupakan penyanyi dari kumpulan yang sedang mendapat perhatian,” katanya yang turut terlibat dengan rakaman program hari raya dengan beberapa stesen televisyen lain seperti RTM, Astro dan TV9.

Dalam perkembangan lain, Siti juga sibuk dengan promosi jelajah produk SimplySiti. Setakat ini promosi telah bergerak di Kuantan, Seberang Prai, Ipoh dan Petaling Jaya. Selepas ini, dia akan ke Johor Baru, Melaka, Sabah dan Sarawak.

“Sambutan terhadap produk SimplySiti sangat-sangat menggalakkan. Saya anggap produk itu ibarat anak sulung saya. Jadi saya perlu tumpukan dan bangunkan perniagaan itu sepenuhnya.

“Alhamdulillah, ramai juga yang datang ke roadshow yang diadakan sebelum ini. Saya juga akan melancarkan kiosk di JB Sentral dalam masa terdekat ini,” katanya.

Siti juga teringin untuk mengadakan konsert selepas hari raya tahun ini dan menghasilkan album terbarunya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan