Saya Suka Tinjau Kedai - Jennifer Lopez

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jennifer Lopez suka tinjau kedai. - Foto REUTERS
Jennifer Lopez suka tinjau kedai. - Foto REUTERS

PENYANYI dan pelakon, Jennifer Lopez berkata, dia suka meninjau kedai walaupun merupakan seorang wanita yang kaya.

"Ia mungkin janggal bunyi tetapi saya suka tinjau kedai. Gedung membeli-belah kegemaran saya ialah Fifth Avenue di Manhattan. Saya boleh menghabiskan masa berjam-jam hanya dengan melihat koleksi baru di Fendi, Tiffany dan Co and Louis Vuitton.

"Saya pernah berbuat demikian ketika saya tidak mempunyai wang. Ini mengingatkan saya betapa bertuahnya saya sekarang," media memetik kata-kata Lopez.

Selebriti berusia 40 tahun itu mencadangkan memakai pemerah pipi kerana ia membantu menjaga kesihatan.

"Saya suka pemerah pipi. Saya menggemari jenama Orgasm oleh Nars kerana ia berkesan untuk ton kulit saya yang berona buah zaitun," katanya.

Lopez yang bertubuh langsing itu turut menyukai pakaian Versace.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan