Kelly Osbourne Tak Sangka Boleh Setia Dengan Seorang Lelaki

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SETIA dengan pasangan tampaknya sudah menjadi perkara aneh bagi pasangan selebriti. Aktres Kelly Osbourne misalnya tidak menyangka dia boleh tahan bercinta dengan lelaki yang sama selama dua tahun. Menurut Kelly biasanya paling lama dia bercinta dengan seorang lelaki cuma enam bulan.

Kelly, 25, telah bersama tunangnya Luke Worral, 20, selama dua tahun. Puteri pasangan ahli band Black Sabbath, Ozzy Osbourne dan produser Sharon Osbourne itu mengaku kini hidupnya lebih bahagia. Dia pun masih merasa tidak boleh dipisahkan daripada Luke.

"Saya masih tidak percaya kami telah bersama sedemikian lama. Sebelum bertemu dengannya, saya bercinta paling lama enam bulan," kata Kelly dalam kolum yang ditulisnya di majalah Inggeris, Closer, semalam.

Bintang program realiti The Osbournes itu tidak pernah membayangkan akan bertemu dengan cinta sejati atau boleh setia dengan seseorang.

"Saya tidak pernah menyedari akan bertemu cinta atau bersama seseorang dalam tempoh yang lama. Tapi sejak bertemu Luke di sebuah pesta di London dua tahun lalu, kami menyedari yang kami tidak boleh berpisah lagi," katanya.

Pasangan model itu akan meraikan hari jadi mereka dengan pesta barbeque. Pesta itu akan dilakukan di rumah Kelly di Los Angeles.

"Cuaca di Los Angeles sangat bagus. Luke dan saya akhirnya membeli barbeque jadi kita akan memasak bersama dan makan di luar," tambahnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan