Saya Mahu Teruskan Hubungan Ini - Aleeza Kassim

Diterbitkan: Khamis, 13 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Aleeza dan suami kembali menjalani kehidupan selepas kes lafaz cerai telah diputuskan mahkamah sebagai tidak sah.
Aleeza dan suami kembali menjalani kehidupan selepas kes lafaz cerai telah diputuskan mahkamah sebagai tidak sah.

PELAKON dan peragawati, Aleeza Kassim menzahirkan rasa bersyukur setelah mahkamah kelmarin memutuskan dia masih sah sebagai isteri kepada ahli perniagaan Mohd Fauzi Che Ros.

"Alhamdulilah, segala sudah selesai, semuanya akan berjalan seperti dahulu.

"Kami mengikut keputusan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Ketika ditanya tentang perancangannya selepas ini, Aleeza memberitahu bahawa mereka akan kembali dan teruskan hubungan sebagai pasangan suami isteri.

"Saya akan kembali menjalankan tugas sebagai isteri dan teruskan hubungan ini. Kini kami sudah kembali tinggal bersama sebagai pasangan suami isteri," katanya.

Kelmarin, Hakim Syarie Ghazali Ahmad membacakan keputusan bahawa pasangan ini masih lagi sebagai suami isteri selepas lafaz: "kita bercerai esok" yang didakwa diucapkan oleh Mohd Fauzi terhadap model jelita itu hanyalah hasrat dan tidak mendatangkan kesan sehingga terjatuh talak.

Pasangan itu bernikah pada 15 Julai 2006 dan belum dikurniakan cahaya mata.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan