Hairi ‘Anak Wayang’ Selesa Tua Sebelum Usia

Diterbitkan: Rabu, 12 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hairi semakin seronok berlakon selepas bergelar juara Anak Wayang. - Foto oleh SAM THAM
Hairi semakin seronok berlakon selepas bergelar juara Anak Wayang. - Foto oleh SAM THAM

TELINGA Hairi, 22, sudah lali mendengar orang lain mengatanya tua sebelum usia kerana juara Anak Wayang itu selesa dengan gelaran itu.

Malah ramai rakan-rakan sebayanya di kalangan artis yang memintanya menukar penampilan agar bersesuaian dengan usia.

Namun apakan daya, dia sudah selesa dengan imej tua sebelum usia itu sejak bergaul dengan orang dewasa seperti lelaki usia 45 tahun ketika dirinya baru 15 tahun.

“Bila saya berkawan dengan orang tua, pemikiran pun jadi matang. Tetapi selepas selesai program Anak Wayang, ramai yang suruh saya tukar imej seperti imej sporty.

“Saya cuba mengikut pendapat mereka sedikit demi sedikit. Yang penting pakaian itu perlu berwarna hitam atau putih kerana saya tidak suka pakaian berwarna-warni,” katanya ketika sesi ramah mesra drama Kapoww!! Lagenda Astromen baru-baru ini.

Pemilik nama Mohd Hairi Safwan Aznan itu berkata dia selesa menentukan pakaian yang ingin dipakai mengikut kehendak sendiri. Cuma kadangkala sahaja dia menggunakan pendapat segelintir rakan-rakannya.

“Yang elok, saya ikut dan yang tidak elok tu saya tolak tepi. Saya tak suka menukar kehidupan asal saya. Misalnya, saya tidak suka melepak sehingga jauh malam. Bila habis kerja sahaja, saya lebih suka duduk di rumah.

“Saya juga lebih suka hidup bebas tanpa kongkongan pembantu peribadi kerana saya rajin membuat jadual kerja sendiri. Pendek kata, tiada banyak perubahan yang saya lakukan selepas bergelar anak seni sekarang berbanding dahulu,” ujarnya sekaligus tidak kisah digelar ‘hero kampung’.

Dia yang mengakui digilai ramai anak gadis kini tidak sekali-kali marah atau geram dengan gelaran ‘hero kampung’ yang digelarkan oleh sesetengah penonton.

Barangkali disebabkan watak yang dilakonkan olehnya lebih kerap menonjolkan latar cerita orang kampung atau orang miskin.

Misalnya, boleh dilihat menerusi lakonannya seperti teater Sri Mersing dan drama Senja Permai.

“Saya memang suka berlakon watak orang kampung sebab saya juga berasal dari kampung. Saya lebih suka sekiranya watak itu meminta saya bersilat.

“Namun sekarang ini saya mula belajar untuk melihat watak yang sesuai,” katanya yang pernah bergelar bilal kampung di tempat asalnya, Kampung Tanah Merah, Jitra.

Graduan Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu juga pernah muncul dalam telefilem Takbir Terakhir arahan Rashid Sibir.

Dia bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan malah turut berbakat menggubah lima buah lagu instrumental yang dimainkan dalam telefilem itu.

Selain itu, dia berkebolehan dalam bidang seni suara dan terlibat dalam teater bangsawan sejak usia 10 tahun.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan