Chef Wan Hos Program Masakan Sendiri Di Britain

Diterbitkan: Rabu, 12 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail, atau lebih dikenali dengan Chef Wan, agak bertuah apabila beliau akan bergelar rakyat Malaysia pertama yang mengendalikan program masakan sendiri di Britain.

Beliau berkata kebanyakan juadah tersebut merupakan masakan Malaysia, walaupun beliau juga akan menonjolkan beberapa masakan dari Asia Tenggara.

“Kini saya dalam proses menyelesaikan beberapa perkara melibatkan formaliti dan sedang menetapkan bila tarikh penggambaran akan bermula,” katanya ketika majlis koktel di Eastern and Oriental Hotel (E&O) bersempena dengan ulang tahun ke-125 hotel tersebut di sini pada malam Isnin lalu.

Chef Wan turut memaklumkan tentang ideanya untuk menghasilkan ensiklopedia makanan Melayu pertama, yang akan menembusi pasaran lewat 2011 nanti.

Beliau berkata sekumpulan penulis dan pengkaji akan bergerak ke kampung-kampung dalam tahun ini untuk mengumpul resipi-resipi.

“Lauk-pauk tradisi dan autentik akan disusun dalam ensiklopedia yang komprehensif dan mengikut kemampuan.

“Buku akan datang akan menyentuh tentang masakan Malaysia yang lebih meluas tidak lama lagi.

“Kita mahu mendapatkan resipi terbaik daripada orang tua yang berpengalaman dalam bidang masakan turun-temurun dan berkongsi pengetahuan, sejarah dan budaya masing-masing.

“Dengan cara itu, ia seperti mengembalikan semula kepada masyarakat,” tambah beliau.

Chef Wan kini sedang menjalani penggambaran program masakan terbarunya, Glorious European Food di Pulau Pinang untuk saluran Asian Food Channel (AFC) dan TV2.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan