Semangat MJ Terus Subur Dalam Jiwa Riot

Diterbitkan: Ahad, 9 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michael Jackson inspirasi seni Riot. - Foto RAYMOND OOI
Michael Jackson inspirasi seni Riot. - Foto RAYMOND OOI

RIOT, salah seorang anggota kumpulan muzik yang pernah popular di lewat era 90an, Kool; mengakui pernah menangis dan termangu selama tiga hari apabila berita kematian Raja Pop Michael Jackson (MJ) mula tersebar di seluruh dunia.

Begitulah luluhnya perasaan empunya nama sebenar Shaiful Azri Mohd Ariffin ini apabila bintang yang diidolakan sejak zaman remaja itu pergi buat selama-lamanya. Dalam keadaan hampir tidak percaya, Riot yang taksub dengan figura kegilaan ramai mengakui sukar menelan kenyataan itu.

"Masa mula-mula diberitahu tentang kematian MJ, saya tidak percaya kerana sangkaan saya itu hanyalah khabar angin. Namun, apabila liputan yang semakin meluas disiarkan di merata-rata media, saya rasa macam tidak percaya dia sudah tiada.

"Saya sangat terkilan dan sukar untuk menerima kenyataan bahawa bintang pujaan saya benar-benar sudah tiada. Tiga hari tiga malam jugalah saya berkurung dan termanggu dengan berita sedih itu.

"Lama juga saya mengambil masa untuk memulihkan semula semangat saya terhadap kehilangan MJ. Selepas berfikir sedalam-dalamnya, saya batalkan hasrat saya itu dan meneruskan imitasi saya terhadap bintang pujaan saya itu.

"Seperti mana kata-kata MJ dalam sebuah program dokumentarinya, 'Jika satu nanti saya sudah tiada, muzik saya akan terus berlagu selama-lamanya'. Kata-kata itu yang menjadi kekuatan saya untuk meneruskan perjuangan MJ," katanya yang sinonim dengan aksi imitasi ala MJ sejak di bangku persekolahan lagi.

Karisma dan keunikan penghibur antarabangsa itu benar-benar memikat hatinya untuk menjadi seperti bintang itu. Pada era 80-an, MJ disifatkannya sebagai seorang penghibur yang tampil dengan pakej luar biasa dan futuristik.

"Bagi saya, MJ mempunyai karisma dan stail yang sangat luar biasa. Saya masih ingat ketika mula-mula mengenali bintang bernama MJ sekitar tahun 1988, saya ingin meniru aksi tarian dan gayanya.

"Malah, saya juga giat berlatih menari dengan meniru gaya MJ. Ketika itu, saya akan minta daripada ayah untuk belikan video persembahan MJ dari luar negara. Dengan cara itulah saya berlatih untuk menjadi seperti MJ.

"Lebih gila, saya suka buat persembahan dalam pelbagai acara dan majlis di sekolah semata-mata untuk tampil seperti idola saya itu. Walaupun ramai rakan yang mentertawakan dan mengutuk, namun saya tidak pernah malu atau berputus asa untuk jadi seperti MJ. Begitulah taksubnya saya terhadapnya," akuinya.

Bukan hanya gerak tari, Riot meniru aksi penyanyi lagu Thriller itu sehabis-habisnya. Dia bukan sekadar menari seperti MJ, malah solekan, pakaian sehingga ke mimik muka pun dipelajarinya untuk tampil seiras mungkin dengan MJ.

"Saya belajar dan perhatikan setiap inci dan segala aspek yang berkaitan MJ dari atas ke bawah. Bukan hanya menari, mengajuk cara nyanyian dan melakukan aksi-aksi popularnya seperti Moonwalk, bahkan pakaian dan mimik mukanya pun saya tiru," katanya lagi.

Jelas ketaksuban dan dedikasinya untuk menjadi seperti MJ terbayar apabila diangkat sebagai juara pertandingan Malaysian Michael Jackson Pepsi Search pada tahun 1993.

Sebagai ganjaran, dia mendapat habuan paling bermakna apabila berpeluang untuk bersemuka dengan idolanya itu di belakang pentas ketika MJ muncul untuk sebuah konsert di Singapura.

"Walaupun tidak sempat berbual dan hanya dapat bersalam dengannya, namun kenangan itu saya bermakna dan termanis dalam hidup saya.

"Sejak itu, ketaksuban terhadap MJ semakin membuak-buak. Saya semakin berkobar-kobar untuk menjadi sepertinya," luahnya.

Kool Bakal Kembali

Kebolehan Riot Kool meniru dan mengajuk gaya MJ ternyata memberi kelebihan. Dia bukan hanya dikenali kerana bakat dan keunikan itu, malah turut dapat memanfaatkan kemahiran menari dalam kariernya sebagai penyanyi berkumpulan.

Imbasnya, selepas kemenangan dalam pertandingan meniru gaya MJ pada 1993, dia dilamar oleh syarikat rakaman Sony Music untuk menjadi artis rakaman.

Namun, atas dasar kurang yakin untuk tampil sebagai artis solo, Riot membina nama sebagai anak seni bersama kumpulan Kool pada tahun 1994.

Bersama Kool, kumpulan itu menempa kejayaan di anugerah muzik berprestij, Juara Lagu selama dua tahun berturut-turut (1995 dan 1996) menerusi lagu Kau dan Aku dan Bebas. Namun, perubahan arus muzik yang pantas terus menghimpit hayat kumpulan itu memaksa Kool lenyap secara perlahan-lahan.

Diusik mengenai perancangan untuk kembali ke persada industri bersama Kool, Riot yang kini aktif dalam bisnes keluarga mengakui mereka memang merancang untuk kembali dalam tahun ini.

Malah, sebagai 'salam perkenalan' semula, Riot juga sudah menyiapkan sebuah lagu yang bakal dirakam oleh kumpulannya itu tidak lama lagi.

"Sebolehnya kami ingin kembali beraksi dalam tahun 2010 juga. Namun, pelbagai usaha perlu dilaksanakan terlebih dahulu termasuklah mencari syarikat pengedar yang sesuai untuk album itu kelak," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan