Aida ‘Gadis Melayu’-Saiful Nikah 4 Jun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 8 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ANGGUNNYA GADIS MELAYU.... Khairul Noormaidah Zali atau Aida. - Foto MSTAR
ANGGUNNYA GADIS MELAYU.... Khairul Noormaidah Zali atau Aida. - Foto MSTAR

SEKITAR Mei ini sehingga Jun depan, jadual juara Gadis Melayu musim pertama, Khairul Noormaidah Zali atau Aida, 25, padat untuk mengelola diari Akademi Al-Quran (AQ) musim keempat dan persiapan perkahwinannya.

Mulai 21 Mei ini, AQ 4 akan disiarkan di TV9. Dalam resah memikirkan tentang kesibukannya mengendalikan program tersebut, Aida juga sedang menghitung hari untuk ke jinjang pelamin dengan bakal suaminya, penyampai berita Buletin Utama, Saiful Nizam Ismail, 28.

Pasangan ini memilih tarikh 4 Jun ini untuk diijabkabulkan di rumah keluarganya di Bandar Country Homes, Rawang sebelum menaiki pelamin pada keesokan harinya di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Sebelum ini, pasangan ini memang berniat untuk disatukan sebelum bulan puasa tahun ini. Difahamkan, mereka akan disandingkan ala-ala kesultanan Melayu dengan sentuhan perunding perkahwinan Arma Abdul Rahman.

Sementara dua persalinan yang akan dipakai oleh bakal raja sehari itu direka oleh pereka fesyen terkenal Radzuan Radzwil. Aida memilih untuk memakai baju berwarna putih untuk majlis pernikahan manakala baju persandingan berwarna krim.

Pada 13 Jun, pasangan itu akan diarak dengan kuda semasa majlis persandingan di rumah pihak lelaki di Changlun, Kedah.

“Abang kata dia nak bawa saya naik kuda semasa kami bersanding di Kedah nanti sebab dia suka naik kuda,” kata Aida secara eksklusif kepada mStar Online.

Walaupun segala perancangan itu nampak serba mewah dan berbeza berbanding pasangan mempelai lain, namun Aida tetap bersyukur kerana semuanya tidak seperti apa yang dibayangkan sebelum ini.

“Kalau diikutkan, saya hanya mengimpikan perkahwinan yang sederhana tetapi abang yang bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik untuk saya. Saya sangat menghargainya,” ujar Aida yang mengenali Saiful sejak Februari tahun lalu.

Dengan penuh syukur, dia juga mengaku mereka berjaya menghadapi dugaan bertunang dengan baik sepanjang lima bulan mengikat tali pertunangan ini.

Sikap Saiful yang mengambil berat dan menyayanginya sekeluarga lebih menguatkan perasaan cintanya kepada lelaki itu.

“Saya tak tahu antara percaya atau tidak, saya pernah mimpi ditemukan dengan lelaki yang amat menyayangi saya dan keluarga.

“Dia juga selalu mengingatkan saya bahawa harta kita adalah mak dan ayah kita. Dia pun kata mak dia adalah hartanya setelah bapanya meninggal dunia,” tutur Aida.

Semakin yakin mengacara

Setelah beberapa kali muncul di kaca televisyen menerusi program Apa Ke Hal?, Nasi Lemak Kopi O, Kembara Gadis Melayu Afrika Selatan, Adam Hawa dan terbaru AQ 4, Aida akui semakin yakin mengacara.

Bercerita tentang pengalamannya, AQ 4 memberikan manfaat yang bermakna buat dirinya dan berlainan daripada apa yang dilalui sebelum ini.

“Saya rasa sangat seronok apabila berpeluang mengendalikan AQ 4 lebih-lebih lagi saya memang ingin mendalami ilmu ini. Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan peserta dengan saya malah saya juga mempelajari perbezaan taranum.

“Selain itu, kelainan dalam musim terbaru ini juga adalah memberikan peluang kepada peserta muda dari usia 13 hingga 25 tahun,” ujarnya yang turut mengakui banyak mendapat tunjuk ajar daripada Saiful.

Aida berkata Saiful mengajarnya agar mengacara program agar nampak semulajadi dan tidak terlalu berpandukan kepada skrip.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan