'The Tiger Factory' Terpilih Ke Festival Filem Cannes Ke-63

Diterbitkan: Jumaat, 7 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lai Fooi Mun melakonkan watak Ping Ping dalam filem 'The Tiger Factory'.
Lai Fooi Mun melakonkan watak Ping Ping dalam filem 'The Tiger Factory'.

FILEM terbaru Woo Ming Jin iaitu The Tiger Factory telah dipilih untuk ditayangkan di bawah Director’s Fornight dalam Festival Filem Cannes ke-63 yang akan berlangsung pada 13-23 Mei ini. Filem ini telah membawa sebuah filem Malaysia pertama berbahasa Cina (yang bercampur dengan bahasa Melayu) ditayangkan di Festival Filem Cannes, dan filem ketiga Malaysia diterima di festival filem berprestij ini.

Woo Ming Jin, 33, seorang pembikin filem Malaysia yang menempa sejarah salah satu filem teratas di dalam festival-festival filem di dunia. Filemnya sebelum ini Monday Morning Glory (Lampu Merah Hati) telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Berlin 2006 dan pada tahun lepas Woman On Fire Looks For Water telah dipilih untuk Festival Filem Horizon.

Dia juga merupakan pengarah kepada The Elephant And The Sea pada tahun 2007 yang berjaya menggondol beberapa anugerah di Festival Filem Torino, Seoul dan Sepanyol. The Elephant And The Sea telah dianugerahkan Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik di Festival Filem Digital Panggung Wayang Seoul.

Filem The Tiger Factory mengisahkan Ping Ping, gadis berumur 19 tahun yang mahu ke Jepun untuk bekerja di syarikat alat ganti kereta. Dia dijaga oleh ibu saudaranya Tien. Tien terpaksa berhempas pulas untuk membuat dua kerja dalam menyara keluarga iaitu bekerja di kandang khinzir disamping membasuh pinggan di restoran.

Tien juga terlibat dalam skim ‘kilang bayi’ di mana dia menyatukan pasangan wanita muda dengan pekerja-pekerja asing dan menjual bayi-bayi mereka untuk mendapatkan wang. Ping Ping telah menjalin cinta dengan seorang pekerja Burma yang akhirnya merosakkan hubungan antara Tien dan Ping Ping.

Filem itu ditulis oleh Edmund Yeoh, 26, juga pembikin filem yang pernah memenangi anugerah Festival Filem Venice tahun lalu melalui filem pendeknya Kingyo.

The Tiger Factory dijayakan oleh pendatang baru Lai Fooi Mun dan aktres veteran Pearlly Chua (yang berlakon dalam filem Tsai Ming Liang, I Don’t Want To Sleep Alone).

The Tiger Factory mula ditulis semasa Tahun baru Cina pada Februari lalu dan dibikin pada Mac selama 12 hari. Filem ini juga mendapat kerjasama daripada Kohei Ando Laboratory, Universiti Waseda. Filem ini juga membuka mata tentang keadaan pelarian Burma di Malaysia. Dalam proses penyediaan filem ini, Ming Jin telah mengambil nasihat daripada beberapa persatuan Burma yang berada di sini dan mereka amat menyokong usaha ini.

Ming Jin berkata, “Saya menerima satu panggilan pada tengah malam daripada Director’s Fortnight, Frederic Boyer, yang memberitahu saya mereka sukakan filem ini dan amat teruja untuk menayangkannya dalam festival itu. Beliau berkata filem ini amat berbeza. Saya terkejut apabila mengetahui filem ini merupakan satu-satunya filem Asia yang terpilih. Kami bukan sahaja mewakili Malaysia bahkan, mewakili Asia semasa Director’s Fortnight.”

Edmund menambah, “Saya berada di Tokyo apabila Ming Jin memanggil saya dan memberitahu berita ini. Mimpi saya menjadi nyata. Saya berharap orang ramai mempercayai bahawa filem-filem dari Malaysia juga mampu bersaing di pasaran antarabangsa.”

Pembikin-pembikin filem sedang dalam proses memohon sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi menghadiri festival ini bersama-sama dua pelakon utama filem itu.

“Saya amat bangga filem ini dipilih ke festival filem yang berprestij sebegini, dan menjadi sebahagian daripada sejarah. Saya teruja untuk menghadiri majlis ini,” jelas Fooi Mun, 22.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan