Beg Tote Daisy Merah Jambu Ilham Scha!

Diterbitkan: Jumaat, 7 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEKIRANYA penonton menonton KITA Carefree, sebuah siri drama TV baru yang disiarkan di Astro Ria setiap Isnin, 10 malam, penonton akan menyedari sebuah beg tote berwarna merah jambu fuschia, yang merupakan beg bertuah buat keempat-empat watak wanita di mana pelakon wanita utamanya merupakan Scha Alyahya.

Tidak mengejutkan yang pelakon dan hos jelita ini yang kini menjadi duta bagi jenama panty liner No. 1 di Malaysia, Carefree® dan juga merupakan pereka beg yang ceria dan berfesyen ini. Dipengaruhi oleh populariti KITA Carefree serta Scha Alyahya sendiri, beg tersebut pasti menjadi aksesori kegemaran dikalangan para wanita di negara ini.

“Saya suka beg kerana ia merupakan salah satu aksesori fesyen yang paling saya gemari!

“Memandangkan saya sentiasa sibuk, saya mahukan beg yang mudah dibawa, boleh digunakan dalam sebarang majlis, sesuai dipadankan dengan pelbagai pakaian, serta nampak menonjol dan menarik perhatian dari jauh lagi.

“Oleh itu, saya memilih warna merah jambu fuschia Carefree® untuk dipadankan dengan beg tote bersaiz medium, serta menambahkan unsur feminin dengan motif bunga daisi. Saya dapati beg tersebut ringkas, mudah dibawa, dan sesuai bagi kebanyakan gadis muda!” luah Scha ketika bercerita akan bagaimana dia telah dipelawa untuk mereka sebuah beg Carefree® untuk digunakan dalam siri televisyen tersebut.

Beg itu mula diperkenalkan melalui siri drama televisyen KITA Carefree. Kini semua gadis Malaysia berpeluang mendapatkan Beg Tote Daisy Carefree®, merupakan beg edisi terhad, hanya sebanyak 800 buah beg sahaja di seluruh negara. Anda hanya perlu membeli produk Carefree® bernilai RM45 ke atas termasuk pek kotak “Carefree® bersama Scha”, sertai pertandingan SMS yang mudah dan berpeluang untuk memiliki beg daisi ini dengan percuma.

“Saya harap para peminat suka dengan beg rekaan saya. Beg ini sesuai dipadankan dengan gadis yang sentiasa inginkan kebebasan ekspresi diri. Seseorang yang seronok, ceria, optimis dan lincah seperti saya,” kata Scha sambil tersenyum.

Promosi beg diadakan seiring dengan kempen Tak Siap Kalau Tak Pakai Carefree®, yang menggalakkan gadis muda untuk menggunakan panty liner sebagai sebahagian daripada amalan harian – agar dapat kekal segar, serta berasa bebas ekspresi diri dalam apa jua keadaan.

Beg Tote Daisi Carefree® boleh ditebus serta-merta di cawangan JUSCO yang terpilih pada bulan Mei . Scha Alyahya akan berada di tempat pertama, JUSCO Mid Valley, pada Sabtu, 15 Mei, untuk bertemu dengan semua peminat. Untuk maklumat lanjut, layarilah www.carefree.com.my.

Tempoh promosi berlangsung di beberapa outlet seperti:

Jusco Mid Valley, KL – 10 hingga 23 Mei

Jusco Metro Prima, Kepong, KL – 6 hingga 19 Mei

Jusco Bandar Sunway, Petaling Jaya – 6 hingga 19 Mei

Jusco Tebrau City, Johor – 6 hingga 19 Mei

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan