Azhar Sulaiman Profesional Walau Diperbodohkan

Diterbitkan: Jumaat, 7 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azhar Sulaiman muncul dalam dua buah filem sekaligus iaitu Belukar dan Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami! dalam bulan ini. - Foto oleh NORAFIFI EHSAN
Azhar Sulaiman muncul dalam dua buah filem sekaligus iaitu Belukar dan Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami! dalam bulan ini. - Foto oleh NORAFIFI EHSAN

FAKTOR usia bukanlah penghalang hero Abang ’92 atau pelakon Azhar Sulaiman untuk meneruskan perjuangannya dalam industri lakonan ini.

Sejak kemunculannya dalam industri seawal tahun 1989, ramai gadis-gadis yang memuja pelakon kacak itu berikutan lahirnya beberapa buah filem hits lakonannya seperti Bisikan Cinta, Sayang Salmah, Impian dan KLU.

Kini, di usia 39 tahun, bakat lakonannya masih diterima ramai. Terbaru dia muncul dalam dua buah filem sekaligus iaitu Belukar yang ditayangkan mulai 6 Mei manakala Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Suami! akan ditayangkan pada 20 Mei ini.

Dia menganggap nasibnya dalam industri ini ibarat lagu. ‘Lama-lama orang akan panggil balik pelakon lama seperti saya dan rakan-rakan seangkatan yang lain iaitu Esma Daniel, Badrul Muhayat dan Arash Mohamad’.

“Saya tak pernah rasa sedih walaupun dah tak sepopular dulu,” katanya ketika sidang media di pratonton filem Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Suami! di Damansara baru-baru ini.

Menyentuh tentang watak kecil Ayob lakonan Azhar dalam filem terbitan Big Productions Sdn. Bhd. itu, dia tidak kisah sekiranya ada yang berpendapat wataknya itu nampak bodoh.

“Terpulang kepada persepsi orang. Saya profesional memilih watak itu. Walaupun orang nampak saya bodoh atau tidak bagus, semuanya jatuh di tangan pengarah dan skrip yang ada.

“Kita belum tahu nasib filem ini. Mana tahu filem ini akan meletup selepas ini. Jadi, saya tidak mahu terlalu cepat melatah. Saya tak pernah fikirkan tentang sumbangan saya kepada filem ini.

“Tetapi saya memilih untuk berlakon filem ini kerana nilai persahabatan. Misalnya kalau sesuatu babak itu hanya meminta saya menjual burger sekalipun ia tetap berharga buat saya,” ujarnya.

Selain aktif berlakon, bapa kepada tiga orang anak itu juga merupakan arkitek dan pereka hiasan dalaman sepenuh masa. Dia mengemudi syarikatnya sendiri iaitu Design Nexus Architect sejak tahun 2000.

Dalam bidang tersebut, Azhar mencipta kejayaannya tersendiri dengan mereka bangunan KRU Studios dan mengubah suai bangunan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Bagaimanapun, hatinya masih setia dengan bidang hiburan. Selain itu, Azhar mementingkan hubungan ‘politik’nya dengan rakan wartawan.

Sebab itu sehingga sekarang ini, dia kekal tersenyum dan tidak dimusuhi oleh mana-mana pihak.

Meskipun begitu, dia masih mendambakan anugerah Pelakon Terbaik yang belum diterimanya sehingga kini.

“Sebelum ini, saya hanya mendapat anugerah Pelakon Popular. Mungkin belum sampai masanya. Selagi tidak dapat anugerah Pelakon Terbaik, saya rasa seperti belum graduate.

“Saya sedar, lakonan saya berada pada tahap sederhana dan mungkin saya belum berjumpa dengan pengarah yang betul-betul boleh mengubah potensi saya. Sehingga sekarang, watak saya dalam filem Sayang Salmah paling meninggalkan kesan dalam diri kerana filem itu mempunyai kaitan dengan diri-sendiri,” beritahunya.

Kerap-kali berlakon, Azhar tidak lupa mempraktikkan daya pemikiran kreatifnya dalam melakonkan sesuatu watak itu. Misalnya menggunakan perumpamaan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan