Waran Tangkap Ke Atas Zainal Abidin, Kemudian Digantung

Diterbitkan: Khamis, 6 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zainal Abidin. - Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI
Zainal Abidin. - Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Zainal Abidin dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam ekoran gagal hadir kes tuntutan tunggakan nafkah anak berjumlah RM18,900 oleh bekas isterinya, Natasya Gabriel Abdullah.

Peguam syarie Norhusniah Husin yang mewakili Natasya memberitahu mahkamah bahawa Zainal, 51, menerima saman pada 26 April lalu setelah ia difailkan enam hari sebelum itu.

Ekoran itu, Hakim Syarie, Mohd Shukor Sabudin mengeluarkan perintah waran tangkap itu.

Waran tangkap itu kemudiannya digantung selepas peguam syarie Abdul Halim Bahari tiba di mahkamah bagi mewakili penyanyi berkenaan.

Abdul Halim dan Norhusniah dilihat menemui hakim syarie tersebut di kamar beliau.

Ketika ditemui oleh pemberita di luar mahkamah, Abdul Halim memberitahu, perintah waran tangkap tersebut digantung sementara dokumen-dokumen berkaitan permohonan itu difailkan oleh anak guamnya.

Beliau menyatakan, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan peguam pemohon bagi menyelesaikan kes tersebut secara sulh (secara baik).

Dalam permohonan tuntutan itu, Natasya Gabriel mendakwa, Zainal gagal membayar nafkah dua anak mereka selama 29 bulan setakat bulan lepas yang berjumlah RM16,800 serta perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sebanyak RM2,100.

Dalam penyata samannya, Natasha berkata, perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 8 November 2002 menyatakan persetujuan bersama iaitu Zainal bersetuju memberikan nafkah anak RM200 seorang.

Selain itu, Zainal akan menanggung segala perbelanjaan sekolah, pendidikan agama dan perubatan anak-anak.

Natasha mendakwa, nafkah itu tidak mencukupi dan Zainal sebenarnya mampu membayar lebih berdasarkan kerjayanya sebagai artis, memiliki syarikat sendiri serta tidak muflis.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan